KELANTAN - Janji Ditepati VS Janji Dicapati

“Kita kira janji itu meliputi orang muda, dewasa, golongan pertengahan dan pelbagai peringkat lain. Itulah gambaran komitmen sebenar BN untuk sama-sama membawa perubahan dan kemajuan di negeri ini bersama rakyat Kelantan".





KUALA LUMPUR 25 Jan – Rakyat Kelantan boleh menilai serta melihat bagaimana janji kerajaan pusat yang diterajui oleh Barisan Nasional (BN) berbanding dengan kerajaan negeri yang sekadar hanya gah pada gimik semata-mata walaupun setelah berpuluh tahun memerintah negeri itu

Ketua Pemuda UMNO Kelantan,  Annuar Safian berkata apa yang kerajaan Pas umum dan lancar sebelum ini seolah-olah tidak ada kesinambungan mahu pun isi yang benar-benar memberikan manfaat kepada rakyat negeri berkenaan.

Justeru  beliau dengan rendah hati menyeru rakyat negeri terbabit memperhalusi janji yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dilihat secara menyeluruh dan untuk kepentingan rakyat Kelantan.

“Perumahan rakyat contohnya adalah keperluan terdesak yang memerlukan perhatian serius kerajaan….Begitu juga soal masalah air yang memerlukan tindakan secepat mungkin. Sampai bila keadaan itu berlarutan. Pembinaan stadium baru pula boleh dikatakan menjurus kepada kepentingan orang muda..tidak terkecuali ianya adalah untuk seluruh rakyat Kelantan yang hari ini rata-rata cukup minat dengan kebangkitan bola sepak pasukan Kelantan,” katanya kepada UMNO-Online di sini.





Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Kubang Kerian seterusnya menambah begitu juga soal pembinaan lain seperti masjid dan sebagainya.

“Kesimpulannya inilah masa terbaik untuk rakyat Kelantan bersama-sama membawa perubahan. Janji BN bukanlah sekadar janji dan hari ini boleh dilihat bagaimana keseriusan pucuk pimpinan mengotakan apa yang dijanjikan,” ujarnya. -MediaUMNO

1 ulasan:

  1. blog tuan telah dipaut di Suara Lensa. Salam perjuangan! :)

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....