“Kepincangan DAP sebagai sebuah parti sudah lama terserlah, dari
dahulu mereka kononnya sebagai parti pelbagai kaum. parti untuk semua
rakyat Malaysia, tetapi semua hanyalah cakap kosong sahaja, jika benar
mereka parti pelbagai kaum, mengapa orang Melayu masih tidak mendapat
tempat, apa yang dilakukan baru-baru ini tidak lebih sekadar nak
mengaburi mata".
DAP yang kononnya mengaku bahawa mereka adalah sebuah parti yang
terbuka kepada semua dan telus dalam pentadbiran serta kepimpinan
hanyalah satu retorik untuk mengaburi rakyat dalam usaha mendapatkan
sokongan daripada kepelbagaian masyarakat terutamanya di kalangan orang
Melayu dan masyarakat tempatan seperti di Sabah dan Sarawak.
Jika benar parti itu telus, cekap dan terbuka dalam segala hal,
mengapa sehingga sekarang DAP masih tidak menjawab banyak persoalan yang
diajukan kepada mereka seperti kes bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz
Tunku Ibrahim dan yang terbaru membabitkan pemilihan Jawatankuasa Pusat
CEC baru-baru.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO, Datuk Musa Sheikh Fadzir
menyifatkan DAP adalah sebagai sebuah parti yang hanya pandai bercakap
tetapi apa yang diperkatakan itu tidak pernah betul, bukan sahaja di
peringkat parti, malah sebagai kerajaan, DAP gagal dalam pentadbirannya.
“Kita lihat bagaimana DAP menjadi kerajaan di Pulau Pinang, apa yang
sudah dilakukan untuk rakyat Pulau Pinang terutamanya kepada orang
Melayu, orang Melayu terus terpinggir di kawasan bandar, orang Melayu
yang tinggal di kawasan pinggir bandar turut terkena tempias sikap pilih
bulu,” katanya kepada UMNO-online.
Musa berkata, DAP tidak perlu mendabik dada kononnya mereka telah
banyak membuat perubahan sejak berada di Pulau Pinang, kononya mereka
mengamalkan pentadbiran Cekap, Akauantabiliti dan Telusa hanyalah
sekadar slogan.
Beliau menyifatkan tindakan berdiam diri DAP berhubung kes rasuh
membabitkan Tunku Abdul Azizi bukti jelas bahawa parti itu akan cuba
menyembunyikan kes berkenaan dan cuba mengalihkan dengan isu baru supaya
rakyat lupa dengan apa yang berlaku.
“Kepada pemimpin DAP, tidak perlulah mereka bermain wayang, tembelang
mereka bukan sahaja sudah diketahui oleh rakyat Pulau Pinang, malah
rakyat di seluruh negara sudah kenal belang sebenar DAP, hanya PAS
sahaja yang masih terus percaya dengan permainan DAP.
“Apakah kepimpinan seperti ini yang kita mahu untuk memerintah
negara, tidak perlu pergi jauh sejak memerintah Pulau Pinang lebih 4
tahun, apa yang sudah dilakukan untuk membela rakyat, jika di Pulau
Pinang mereka tidak mampu, bagaimana nak perintah negara.
Menurutnya, tidak perlu DAP dan pembangkang bersusah payah mencari
silap orang lain, sebaliknya perlu tunjukkan bahawa mereka mampu membawa
perubahan bukannya sekadar bercakap sahaja dan menyalahkan orang lain
apabila gagal. -MediaUMNO
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....