PANAS!!! BLOGGER DEDAHKAN PERUNTUKAN BELIA TIDAK SAMPAI KE TEMPAT SEPATUTNYA

Panas...panas....panas...

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) cukup sinonim dengan orang muda. Sebut sahaja pasal belia, orang muda, remaja, pasti dikaitkan dengan KBS. Begitu juga dengan sukan, pasti mempunyai perkaitan yang amat rapat dengan belia.



Dan sepadan dengan nama blog gua "Belia Bangkit", gua cukup terpanggil apabila terbaca sebuah blog yang memperkatakan tentang isu seperti di atas. Mari kita ikuti pendedahan daripada Blogger Sangkakala seperi di bawah ini :

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sangkakala merasa pelik setelah mendengar rungutan dari pelbagai pihak tentang bajet belia yang di bentang oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan pada 10/7/2011 didalam parlimen yang mengatakan bahawa bajet untuk Program Strategik Belia 1Malaysia atau Strategic Action for Youth (SAY 1Malaysia) - Peruntukan RM200 Juta tidak diberikan kepada Kementerian Belia dan Sukan.

Apa yang dimaklumkan kepada Sangkakala, Bajet tersebut dihantar ke kementerian lain yang tidak ada kena mengena dengan Belia.

Baca lagi di sini Pendedahan Sangkakala

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pihak terbabit perlu perjelaskan perkara ini. Mengambil petikan ucapan YAB TPM semasa pelancaran Hari Belia Negara semalam, "Dengan alat-alat atau gajet teknologi terkini yang "rapat" dengan anak muda, ia menjadikan mereka lebih bijak dan berpengetahuan luas serta mampu menguasai maklumat."

"Generasi muda pemimpin masa depan. Dalam usaha itu, kerajaan mahu mengajak generasi muda berbincang. Kita mahu dengar apa kehendak mereka kerana kita tahu generasi muda masa kini adalah generasi yang bijak.

"Ini sejajar dengan kenyataan YAB Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Tun Razak bahawa kerajaan tahu segala-galanya sudah berlalu. Sebab itu kita mahu dengar suara generasi muda," katanya.

Jadi, perkara seperti ini perlu dilihat dengan mendalam. Di mana lompangnya? Adakah KBS sudah tidak relevan kepada golongan muda sehingga peruntukan yang sepatutnya disalurkan ke kementerian itu "terpaksa" ditadbir uruskan oleh kementerian lain???

Fikir-fikirkan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....