DURIAN RUNTUH BUAT CIKGU..... ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah....denyut nadi rakyat didengar oleh Kerajaan.. Baru rasanya golongan peneroka menerima durian runtuh, tup tap, TPM pula mengumumkan durian runtuh buat golongan pendidik.




Sekarang ini adalah musim pengumuman dan pemberian “durian runtuh” kepada beberapa sektor yang layak untuk menikmatinya. Sekarang askar sudah mendapat bahagiannya, polis pun sudah, kelompok swasta sudah diumumkan berkenaan dengan dasar gaji minimum, tidak lupa juga kepada kenaikan gaji kakitangan awam menerusi penambaikan Sistem Saraan Malaysia.

Masing-masing sudah dapat “bahagiannya”. Ada lagi yang tertinggal untuk menerima “durian runtuh” daripada kerajaan?

Sekilas pengumuman YAB TPM sempena Sambutan Hari Guru :

24,053 Guru Naik Pangkat Bermula Minggu Depan!!

KUALA KANGSAR: Seramai 24,053 guru lepasan ijazah dan diploma yang memenuhi syarat tempoh perkhidmatan akan dinaikan pangkat mulai Jun hingga hujung tahun ini.
Perkara itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sempena sambutan Hari Guru ke-41 di sini, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kenaikan pangkat itu membabitkan 8,222 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan 15,831 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma.

Beliau turut mengumumkan 3,085 pengetua gred DG48 ke DG52 dan penolong pengetua gred DG44 ke DG48 akan diperakukan untuk kenaikan pangkat secara berperingkat mulai bulan depan. Guru terbabit boleh menyemak status kenaikan pangkat di laman web Kementerian Pelajaran.

Jom kita layan video ni sekejap...




 BB : Terima Kasih Cikgu!!! Terima Kasih kerana memberiku tunjuk ajar. Terima Kasih Cikgu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....