TU DIA!!! MUHYIDDIN KENA SERBU DENGAN BELIA DI SUNWAY

15 Mei merupakan tarikh keramat buat YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana pada tarikh inilah beliau dilahirkan. Dan pada tarikh ini jugalah para belia diraikan oleh kerajaan sempena sambutan Hari Belia Negara yang disambut setiap tahun.


Pelancaran Hari Belia Negara pada tahun ini bertemakan “Jadikan Hari Esok Lebih Baik Dari Hari Ini” yang diadakan di kawasan terbuka pusat beli-belah Sunway Piramid itu dihadiri oleh kira-kira 1,000 belia.




Sambutan Hari Belia Negara merupakan lambang pengiktirafan kepada peranan generasi muda sebagai rakan kongsi pembangunan negara.

Pada majlis itu, Muhyiddin diberikan kejutan apabila dijemput ke atas pentas untuk memotong kek sempena hari jadinya yang ke-65 hari ini.



Apabila ditanya oleh pengacara majlis apakah hasrat hari jadi beliau, Timbalan Perdana Menteri berkata : “Semoga negara kekal aman, makmur dan sejahtera”, diiringi dengan nyanyian Selamat Hari Jadi oleh semua hadirin.



Terdahulu, perutusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Hari Belia turut dipaparkan di skrin besar di pentas.

Baca lagi di Warta Rakyat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....