Program Himpunan Bebas Anwar, dengan lilin tertera perkataan 1,000 hari Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara, dinyalakan di Dataran Merdeka malam kelmarin nampak sugul dan tidak mendapat sambutan orang ramai.
Di samping itu, majlis itu dihadiri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail isteri Anwar dan pemimpin Pakatan Harapan lain ketika Pulau Pinang dilanda krisis bencana banjir paling teruk dalam sejarah negeri Pulau Pinang.
Menurut Wan Azizah dalam ucapan pada program tersebut, beliau menegaskan bahawa apa yang mereka lakukan itu merupakan satu pelaburan masa hadapan. Benarkah program seumpama ini adalah satu pelaburan? Seorang tahanan penjara dikatakan sebagai satu pelaburan.
Terima lah hakikat sebenar bahawa program ini bukanlah satu pelaburan yang bermanfaat dan ianya amat tidak berbaloi kerana secara langsung tidak mendatangkan faedah.
Mengapa ianya dikatakan tidak berfaedah? Jawapannya amat mudah kerana program ini dianjurkan pada waktu yang salah ketika rakyat sedih mengenangkan nasib buruk negeri Pulau Pinang yang dilanda bencana banjir paling dasyat.
Pendek kata, lagipun Anwar Ibrahim juga sudah disabitkan kesalahannya dan perlu menghabiskan hukumannya itu, jesteru tidak perlu bagi mereka untuk mengadakan perhimpunan ini. Lebih baik jika, hadirin yang hadir pada program ini memberi sumbangan dan bantuan yang sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebanan mangsa-mangsa banjir berbanding terpekik terlolong dalam program himpunan tersebut.
Wan Azizah pula sepatutnya mengetepikan dahulu program ini dan mendahulukan rakyat kerana tanggungjawab itu lah yang perlu diutamakan oleh seorang wakil rakyat!
- SUMBER
Perhimpunan VIGIL/nyalaan lilin Dari Persepekstif Islam
Perhimpunan VIGIL/nyalaan lilin Dari Persepekstif Islam
Sebelum itu , kita perlu tahu apakah hukum melakukan upacara nyalaan lilin / vigil ini jika dilakukan orang Islam ??
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil.
Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Islam melarang umatnya daripada terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara agama bukan Islam.
Umat Islam dilarang menyertai aktiviti Candlelight Vigil kerana ia mengandungi unsur-unsur tasyabbuh dengan agama bukan Islam yang akan menjejaskan akidah umat Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....