Pada 2 November lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah melahirkan kemurkaan terhadap Tun Dr.Mahathir Mohamad berhubung dengan kenyataannya menghina etnik Bugis ketika perhimpunan Kleptokrasi pada 14 Oktober lalu di Padang Timur, Petaling Jaya.
Kali ini, seorang lagi pemimpin dunia iaitu pemimpin nombor 2 Indonesia, Naib Presiden Jusuf Kalla pula meminta bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memohon maaf kerana menghina masyarakat Bugis semasa perhimpunan Kleptokrasi yang diadakan di Selangor.
Dipetik dari Portal berita RepublikaOnline, Jusuf mengaku terkejut apabila mengetahui Dr. Mahathir membuat kenyataan menghina lawan politiknya dengan menyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah perompak kerana berasal daripada bangsa Bugis serta menyebut Najib mungkin berasal daripada lanun Bugis yang sesat ke Malaysia dan memintanya balik ke Bugis.
Rujuk dan klik link berkenaan untuk butiran lanjut;
Jusuf Kalla yang merupakan orang Bugis memberi reaksi terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr. Mahathir. Sebagai orang Bugis, Jusuf Kalla membantah dan terkejut dengan tindakan Dr. Mahathir. Oleh itu, Dr. Mahathir harus meminta maaf. Ia kerana orang Bugis itu bukan hanya ada di Sulawesi Selatan tetapi di seluruh Indonesia, bahkan di Malaysia.
Selain itu Jusuf Kalla juga menegaskan bahawa Dr. Mahathir perlu membetulkan kenyataan tersebut kerana dianggap menyinggung masyarakat Bugis dan isu seumpama ini sepatutnya tidak dikaitkan soal bangsa dalam berpolitik. Ekoran kenyataannya itu, pelbagai pihak termasuk masyarakat etnik Bugis di Malaysia mendesak Dr. Mahathir supaya memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kata-katanya namun begitu Pengerusi Pakatan Harapan itu enggan berbuat demikian dan tetap dengan pendiriannya.
Disebabkan kata-kata Dr. Mahathir itu, namanya kini tercemar bukan saja di Malaysia malah di negara jiran Indonesia. Bak kata pepatah Melayu, "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya". Kini Dr. Mahathir perlu menanggung akibat daripada perbuatannya itu!
- SUMBER
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....