MAHATHIR : Diktator Yang Ditunggangi Pembangkang!!!


Setia­usaha Agung DAP yang belum disahkan jawatan, Lim Guan Eng menganggap Tun Dr. Mahathir Mohamad seorang pemimpin diktator yang diperlukan Pakatan Harapan diketuai parti itu untuk menjatuhkan pemerintahan negara ketika ini yang disifatkan juga mengamalkan kepemimpinan diktator.

Beliau berkata, keadaan itu bukanlah sesuatu yang dimahukan, namun Dr. Mahathir yang kini berada di bawah Pakatan Harapan akan disekat oleh struktur pakatan itu yang telah dipersetujui Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkenaan.

Katanya, tiada siapa akan menjadi dominan dalam gabungan parti-parti pembangkang tersebut kerana semua parti adalah sama taraf dan bekerja secara konsensus.

“Kadang-kadang kita perlukan diktator untuk jatuhkan diktator. Ia bukan apa yang kami mahukan tetapi di bawah keadaan sekarang dia (Dr. Mahathir) akan disekat oleh struktur.

“Dalam Pakatan Harapan, semua parti sama taraf, tiada yang dominan. Semua bermula pada kesamarataan yang setara. Kita bekerja ikut konsensus. Dr. Mahathir setuju,” katanya seperti dipetik menerusi wawancara Guan Eng bersama portal berita, The Malaysian Insight hari ini yang turut dikongsi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan di laman Twitternya dengan menyatakan bahawa Guan Eng baru sahaja menggelarkan Dr. Mahathir sebagai diktator.

Wawancara itu diadakan sempena memperingati Op Lalang 30 tahun lalu apabila sebanyak 106 orang ditahan tanpa bicara manakala lesen penerbitan tiga buah akhbar ditarik balik.

Episod yang berlaku pada tanggal 27 Oktober 1987 itu adalah semasa pemerintahan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Guan Eng merupakan salah seorang mangsa tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menghalang rusuhan kaum berlaku di negara ini.

Guan Eng berkata, beliau masih mengingati pengalaman menjadi tahanan selama 18 bulan di Pusat Tahanan Kamunting itu sebagai satu kesengsaraan dan menyifatkan kesemua yang berlaku itu adalah akibat daripada wujudnya kuasa diktator dan ada kuasa yang menindas.

Katanya, walaupun semua itu berlaku ketika Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri dan kini sebagai Pengerusi Pakatan Harapan diketuai DAP, tetapi beliau percaya dengan kata-kata Dr. Mahathir bahawa sesuatu perlu dilakukan bersama walaupun ada perkara yang dilaksanakan nanti tidak mendapat persetujuan dan rela dipertanggungjawabkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....