KHUTBAH JUMAAT : Kegilaan Apakah Anak Mahathir Ini?


Apa lagi nak dikata? Kealpaan si ayah kerana gilakan kuasa. Terabai si anak tanpa perhatian. Natijahnya, agama dan iman entah ke mana, hala tuju hidup tanpa pedoman.

Khatib khutbah solat Jumaat berkali-kali telah menggesa para jemaah masjid untuk mengambil tindakan ke atas Sisters In Islam (SIS), dakwa Datin Paduka Marina Mahathir.

Kenyataan tersebut dibuat beliau semasa menjadi salah seorang panelis forum “Is Reason A Threat To Faith And Society?” yang diadakan di University of Notthingham anjuran Islamic Renaissance Front (IRF) pada Ahad lepas.

Menceritakan pengalaman perit SIS naik turun mahkamah untuk mencabar fatwa pihak berkuasa agama Negeri Selangor, beliau turut menuduh sesetengah masjid, khasnya di Negeri Selangor telah menjadikan SIS sebagai objek sasaran dalam khutbah Jumaat.

“Dan perkara lain yang kami perasan daripada pengalaman ini adalah, kami juga menjadi topik kegemaran dalam khutbah-khutbah Jumaat khususnya di Selangor.”

Selain mendakwa khutbah-khutbah solat Jumaat memburukkan nama SIS, beliau juga mendedahkan pihaknya telah mendapat maklumat bahawa para jemaah telah berkali-kali dihasut oleh khatib solat Jumaat supaya mengambil tindakan terhadap SIS.

“And there have been times that people have heard the imam says Sisters In Islam is bad, go do something about them. Go do something about them,” dakwanya lagi yang tidak menyatakan dengan jelas, apa yang dimaksudkan dengan bentuk tindakan yang dimaksudkan.

Namun disebabkan ramai yang mendengar khutbah lazimnya tertidur semasa khutbah dibacakan, SIS terselamat daripada sebarang kejadian yang tidak diingini.

Pihak menara.my sedang berusaha untuk mendapatkan penjelasan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengenai perkara ini.

1 ulasan:

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....