HAZIQ : Malaysia, Maafkan Saya, Ia Bukan Sengaja....


Itu pengakuan penjaga gol skuad bola sepak B-22 tahunnegara, Haziq Nadzli, yang menjaringkan gol sendiri sehingga menghadiahkan kemenangan 1-0 dan pingat emas buat Thailand dalam aksi final Sukan SEA 2017 di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Insiden pada minit ke-39 yang berpunca daripada sepakan sudut lawan sehingga menyebabkan Haziq tertumbuk bola ke gawang sendiri jelas menjadi igauan buruk buat skuad muda negara.


Ia seakan mengulangi tragedi 2001, di mana kesilapan penjaga gol Malaysia, Kamarulzaman Hassan, menyaksikan skuad negara tewas di tangan Thailand di venue dan keputusan yang sama, 1-0 di Stadium Shah Alam.

Bagaimanapun, Haziq menegaskan kesilapan itu bukan sesuatu yang disengajakan.

"Bola itu melencong ke dalam, saya nak tumbuk tetapi keadaan hujan menyebabkan saya tersilap ketika menumbuk keluar. Apa boleh buat, itu bukan rezeki saya, bukan saya sengaja. Kalau saya sengaja, tidak perlulah saya bermain," katanya.

Tampil memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia, Haziq memiliki penjelasan tersendiri ketika berbicara mengenai kesilapan yang dilakukannya itu. 

"10 kali saya selamatkan gol, orang takkan ingat tetapi orang akan ingat sekali sahaja kesilapan saya. Siapa yang memberikan semangat kepada saya, terima kasih diucapkan. Siapa yang cakap macam-macam, itu hak mereka, saya tidak kisah."

2 ulasan:

  1. Pengalaman beharga.Jgn rasa bersalah.Kita semua tahu anda telah mencuba sehabis baik.Move on.

    BalasPadam
  2. Kalah atau menang mmng adat permainan. Semua pemain dan ahli sukan pernah buat kesilapan bahkan semua manusia sekalipun....jadi jgn rasa bersalah. Anda para pemain telah lakukan yg terbaik utk negara.Rakyat Malaysia menyokong semua ahli sukan Malaysia di Sea Games kerana secara keseluruhan kita adalah juara. Itu yg paling penting. Terima kasih team Harimau...terima kasih semua.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....