SUA FAM, ULTRAS MALAYA DAN SOKONGAN PEMINAT BOLASEPAK NEGARA MALAM INI
Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing.
Salam buat peminat bola sepak negara. Izinkan aku memberi sedikit pandangan ke atas kekalutan isu penjualan tiket final bolasepak sukan sea kali ini.
Bukan nak back up sesape, tapi sekadar berkongsi apa yg aku tahu dlm isu ini.
ISU TIKET
Tidak adil dan tidak tepat rasanya apabila SU Agong FAM menyatakan bahawa organisasi itu tdk bertanggungjawab ke atas penjualan dan pengagihan tiket kali ini. Habis tu yg kelmarin dia masuk meeting dgn KSU KBS, CEO MASOC, Pengurus PSM dll tu utk apa?
Keputusan pemilihan stadium dan penjualan tiket adalah keputusan mesy yang turut dihadiri beliau setelah pelbagai faktor diambil kira sepertimana yg dimaklumkan KJ. Dan utk lebih tepat, mesy itu dipanggil oleh FAM dan KSU KBS diminta mempengerusikannya.
Begitu juga dgn agihan tiket. Boleh tak Tok Midin dengan jujurnya declare berapa banyak tiket complimentary dan pass vip yg FAM control?
Mohon Tok Midin jelaskan juga reserve area dlm stadium dgn tagging FAM tu... utk apa?
Org yg tak tahu mungkin akan salahkan KBS dan MASOC tapi realitinya FAM yang tentukan segala-galanya dalam sukan bolasepak ni. A-Z. Yang lain-lain hanya mampu memberi pandangan.
ULTRAS MALAYA
Tahniah dan terima kasih ultras. Semangat dan sokongan korang kpd skuad negara tak kira harimau muda atau harimau malaya memang ohsem. Siapa yg pertikai dan memandang enteng sumbangan korang memang bkn peminat fanatik bolasepak negara.
Namun begitu, tidak bermakna apa yg korang buat itu betul semuanya. Segalanya bermula apabila beberapa permintaan korang ditolak, korang mula membuat gerakan memboikot final malam ini. Adakah ini dinamakan fanatik? Berpada-padalah apabila meminta, jangan diumpamakan selepas diberi betis, peha pula yg dipinta.
Begitu juga dengan nyanyian "Hanjing" yang korang nyanyikan utk pasukan negara lain. Sungguh2 tak bertamadun. Memalukan.
PEMINAT BOLASEPAK NEGARA
Kepada yang berkesempatan (tiket beli atau free), malam ini buktikan bahawa selain Ultras ada lagi berjuta2 peminat yg SETIA dan FANATIK. Ayuh gemakan sorakan keramat buat pasukan negara. Pemain ke 12 bukan ultras semata-mata. Pemain ke 12 adalah AKU, KAU dan KITA SEMUA!
AYUH...AYUH... AYUH MALAYSIAKU
HARI INI.... KITA MAHU MENANGGGG
- SUMBER
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....