LAPORAN POLIS : Peguam Fitnah KSN Dan Bekas KSUSK YAB PM Terima RM 3 Juta!!!


Satu laporan polis dibuat oleh seorang Ahli Perniagaan terhadap dua orang peguam Jenny Choo dan Ivan kerana memfitnah Tan Sri Ali Hamsa Ketua Setiausaha Negara dan Shukry Mohd Salleh bekas Ketua Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri berhubung fitnah terhadap Ali Hamsa dan Shukri telah menerima wang sogokan RM3 juta tahun 2015

Bayaran itu adalah untuk meluluskan permohonan tanah Projek Perumahan Penjawat Awam (PPA1M) oleh Syarikat Arena Prinsip Sdn Bhd dan Goodway Integrated Industries Berhad.

“Tuduhan dua orang peguam itu tidak berasas dan dilihat berniat jahat memburukkan Ketua Setiausaha Negara dan Pengerusi Bank Rakyat”. Katanya

“semasa berada di pejabat peguam itu Jenny Choo dan Ivan ada meminta pertolongan untuk mendapatkan kelulusan pembelian tanah dan mereka tidak boleh mendapatkan kelulusan kerana mereka telah membayar duit rasuah sebanyak RM3 juta kepada Tan Sri Ali Hamsa dan Shukri Mohd Salleh, saya merasa marah dan terus keluar dari bilik mereka kerana memfitnah’. 

” Saya telah membuat laporan polis dan berharap agar pihak polis mengambil tindakan terhadap kedua-duanya agar perkara ini tidak berulang lagi di masa akan datang”. Tambah ahli perniagaan itu yang namanya tidak mahu disiarkan.

Dalam laporannya pada 5 Mei lalu ahli perniagaan itu melaporkan permohonan Syarikat Arena Prinsip Sdn Bhd berserta minit surat yang diminitkan oleh Tan Sri Ali Hamsa kepada Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) untuk mendapatkan tanah projek Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia.

Ahli Perniagaan itu turut memberikan sesalinan Laporan polis isu fitnah tersebut kepada pejabat Tan Sri Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara untuk tindakan selanjutnya.

Setakat hingga kini Ketua Setiausaha Negara belum membuat apa-apa kenyataan berhubung laporan itu.

Dakwaan pemberian rasuah RM 3 juta itu wajar disiasat SPRM memandangkan ia menjejaskan imej pegawai tinggi kerajaan.

Lampiran dokumen



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....