Lim Guan Eng hanya mempunyai tempoh sehari sahaja lagi untuk mendedahkan pembelian Peel Avenue olehnya sebelum dilapor ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurut Presiden Persatuan Cinta Malaysia (PCM), Huan Cheng Guan tempoh yang diberi selama seminggu sebelum ini dilihat masih belum menerima sebarang respon sehingga hari ini.
“Tempoh masa menandatangani perjanjian di antara kerajaan negeri dan pemaju mengambil masa sehingga 15 bulan dan melebihi tempoh yang ditetapkan oleh JPH iaitu 12 bulan.
“Tanah dijual dengan harga RM558 kaki persegi berbanding harga pasaran mampu mencecah sehingga RM1200 kaki persegi.
“Lim Guan Eng dicabar untuk mendedahkan perjanjian jual beli perjanjian tersebut.
Dan sekiranya gagal, laporan SPRM akan dibuat terhadap isu ini,” katanya.
Sebelum ini, DAP pernah menegaskan bahawa proses tender terbuka merupakan satu langkah untuk membasmi korupsi di dalam kerajaan dan memastikan kerajaan mempunyai integriti yang tinggi, namun kini hanya tinggal kata-kata kosong apabila mereka lakukan sebaliknya.
Ini dapat dilihat apabila Kerajaan DAP Pulau Pinang baru-baru ini mengesahkan apabila beberapa NGO telah mendakwa mengenai tanah negeri Peel Avenue.
Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang mengakui tidak ada tender terbuka mahupun sebarang tender dan projek ini telah diluluskan tanpa rundingan awam terlebih dahulu yang kedua-duanya DAP telah berjanji bahawa mereka akan sentiasa lakukan bagi setiap projek mereka.
Alasan paling mudah apabila mengakui tanah dimiliki kerajaan negeri dijual tanpa sebarang tender terbuka malah dilakukan secara senyap.
“Esok kalau dia tak bagitahu. Maka saya akan buat laporan, tapi hari belum ditetapkan lagi,” ujar Huan lagi.
- SUMBER
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....