Sepanjang minggu lalu, antara yang hangat diperkatakan adalah kemungkinan akan ada perbahasan mengenai Rang Undang-Undang Syariah (RUU 355) yang sekian lama hangat diperkatakan. Perkara ini sudah sekian lama menjadi polemiknya yang tersendiri samada di pihak kerajaan mahupun pembangkang.
Namun, ketika harapan umat Islam yang mahu menyaksikan akhirnya cadangan daripada Datuk Seri Abdul Hadi Awang ini mendapat sokongan kesemua Ahli Parlimen yang beragama Islam, Khamis lalu, Datuk Seri Abdul Hadi, dengan nada suara yang terketar-ketar, samada dalam keadaan tidak sihat atau menanggung kesedihan mengumumkan, terpaksa menangguh hasrat beliau untuk membahaskan RUU 355.
Alasan yang diberikan adalah, masih terdapat pihak-pihak yang sengaja mempolitikkan isu ini. Malah menurutnya, masih ada pihak yang masih belum benar-benar faham tentang cadangan beliau ini. Menurut beliau, RUU 355 ini adalah untuk mereka yang beragama Islam sahaja dan langsung tiada kena mengena dengan bukan Islam.
Menariknya, keesokan hari, pada sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri, Dr Afif Bahardin telah membentangkan rang undang-undang berkaitan penternakan babi di mana enakmen tersebut diperkenalkan bagi mengawal selia dan memastikan industri berkenaan berkembang dengan sihat dan lestari pada masa akan datang.
Tidak seperti RUU 355, RUU babi ini hanya mengambil masa tidak sampai sejam untuk diluluskan oleh DUN Pulau Pinang walaupun ADUN dari Barisan Nasional cuba menentang RUU babi ini. Di sini dapat kita lihat, betapa tingginya martabat babi buat Pakatan Harapan berbanding RUU 355 yang sekian lama diperjuangan PAS dan juga UMNO di pelbagai medium.
Melihat akan hal ini, timbul persoalan, adakah babi jauh lebih utama berbanding memperkasakan Rang Undang-Undang Islam yang cuba digagalkan oleh Ahli Parlimen yang beragama Islam dari PKR dan PAN? Jika MCA, Gerakan dan beberapa parti lagi menunjukkan penentangan, mungkin kita akan memahaminya. Namun, jika ahli Parlimen Islam sendiri yang menentang, ianya begitu menghairankan.
Lebih menakjubkan, pada hari Khamis, orang tua seperti Datuk Seri Abdul Hadi, terketar-ketar mengumumkan penangguhan perbahasan RUU 355, pagi Jumaat pula, seorang anak Melayu yang dipercayai tertera ayat Islam di kad pengenalannya, begitu bangga dengan usul Rang Undang-Undang babi, begitu mudah diluluskan di sidan DUN Pulau Pinang. Hinanya Islam pada mata pembangkang!
- SUMBER
** Apakah pendirian KITA?
Ini lah dia hasil didikan murtad pengamal2 LGBT. Anak didik Raja Liwat.Pengkhianat Bangsa dan Agama demi amalan hidup songsang. PUKIMAK!
BalasPadamAfif ni patut diambil tindakan undang2 kerana menghina dan memprovok Melayu dan Islam.
BalasPadamBaru berdepan dengan DAP pun akidah kita sudah luntur kekuatan akidah Islam apabila RUU BABI lebih mendapat keutamaan berbanding RUU 355. Macamana la agaknya kita nak berdepan dengan Dajal yang sebenar nanti?
BalasPadam