PKR kelihatan diselubungi dengan perasaan sedih dan sayu apabila Setiausaha Agung yang cukup suka bergurau, Rafizi Ramli mengumumkan perletakkan jawatannya selaku Setiausaha Agung parti berkuatkuasa serta merta.
Dikatakan, perletakkan jawatannya ini disebabkan oleh kebimbangannya berhubung kes OSA yang disabitkan keatasnya baru-baru ini.
Pada sidang media yang turut dihadiri oleh Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail semalam, Wan Azizah mengumumkan bekas Setiausaha Agung parti, Datuk Saifuddin Nasution Ismail akan kembali menjalankan tugasnya selaku Setiausaha Agung parti berkuatkuasa 20 November.
Persoalannya, apa drama yang cuba dimainkan oleh PKR kali ini? Umum sedia maklum bahawa Saifuddin pernah menjawat jawatan selaku Setiausaha Agung PKR pada Januari 2010 dan meletakkan jawatan dan seterusnya keluar dari PKR pada 2014. Kekosongan ini pantas di isi oleh Rafizi Ramli bermula 2014 sehinggalah semalam.
Semasa Saifuddin keluar dari PKR, beliau seterusnya menyertai UMNO untuk meneruskan kehidupan politiknya. Manakala Rafizi, sejak sebelum berjaya menjadi Setiausaha Agung parti, beliau cukup terkenal dengan helah dan mencipta fitnah terhadap kerajaan tanpa mengira apa jua situasi.
Setelah dua tahun menjadi antara orang penting di dalam PKR, dengan tidak semena-mena, Rafizi meninggalkan kepimpinan PKR hanya dengan alasan, kemungkinan beliau akan tewas pada rayuan mengenai kes OSA. Kenapa baru sekarang beliau menyedari bahawa beliau mungkin akan membawa bebanan terhadap PKR?
Lebih melucukan, kes yang membabitkan dirinya juga belum lagi diputuskan. Justeru, adakah tindakan Rafizi meninggalkan barisan kepimpinan parti hanya sekadar lakonan semata-mata yang sudah disiapkan skripnya oleh kepimpinan parti bagi membolehkan Saifuddin kembali kejawatan asalnya?
Tidak sukar untuk menidakkan bahawa hanya Saifuddin sahaja yang dipercayai Anwar untuk menghadapi apa jua halangan termasuk pilihan Raya Umum ke 14 nanti. Ini kerana, rekod Saifuddin sendiri yang pernah menjadi pembantu peribadi Anwar pada 2004 selain daripada pilihan Anwar sendiri untuk mengemudi PKR.
Bagi Rafizi, Anwar bukan tidak mempercayainya, namun, hubungan Rafizi dengan ramai pihak di dalam PKR sendiri dilihat agak keruh. Baik Rafizi mahupun Zuraida, Azmin Ali, Shamsul Iskandar dan ramai lagi, kesemuanya tidak pernah menafikan, mereka mempunyai masalah peribadi dengan Rafizi.
Jika PKR mendakwa mereka adalah sebuah parti yang kukuh tanpa sebarang masalah, lihat sahaja berapa banyak permasalahan yang timbul hanya untuk memuaskan hari Anwar dan beberapa orang kuatnya. Rafizi bukan individu terakhir yang terpaksa dikorbankan kerana ada kemungkinan, ada lagi nama besar dalam PKR akan turut dikorbankan hanya untuk memuaskan hati Anwar dan kuncu-kuncunya di dalam PKR.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....