Kastam Perlis Rampas 85kg Minyak Masak Bersubsidi


Gambar Hiasan



WANG KELIAN: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis merampas 85 kilogram minyak masak bersubsidi yang cuba dibawa keluar dari sempadan negara melalui Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (ICQ) Wang Kelian sejak Jumaat lepas.

Ketua Stesen Kastam Wang Kelian, Muhammad Azwan Mohd Radi berkata sebanyak tujuh botol minyak masak lima kilogram setiap satu dan 50 paket satu kilogram dirampas daripada individu dan pengusaha kedai makan dari negara jiran.

“Nilai rampasan kira-kira RM200 itu bukan diseludup tetapi adalah untuk kegunaan isu rumah atau pengusaha gerai makan di negara jiran,” katanya selepas mengiringi mengiringi Menteri di Jabatan perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim meninjau keadaan di ICQ Wang Kelian di sini, Ahad.

Individu tersebut membawa keluar minyak masak dalam kuantiti yang sedikit antara satu botol atau satu hingga dua paket sahaja, katanya.-MS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....