BERSALAH : Rafizi Dipenjara 18 Bulan!!!


Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Andai sebelum ini beliau selalu menggunakan "gurauan" dalam "menyelamatkan" dirinya daripada sebarang pertuduhan, namun kali ini beliau tidak terlepas.
Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli dihukum penjara 18 bulan oleh Mahkamah Sesyen hari ini bagi setiap pertuduhan memiliki dan mendedahkan satu halaman muka surat 98 Laporan Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

Hakim Zulqarnain Hassan membuat keputusan itu selepas mendapati penjelasan Mohd Rafizi, 39, dalam keterangannya gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan. 

Zulqarnain memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak hari ini. Dalam penghakiman, Zulqarnain berkata mahkamah mendapati tertuduh memiliki dan mendedahkan halaman 98 itu seperti yang dikemukakan dalam mahkamah sebelum ini. 

Oktober lalu, Mohd Rafizi yang juga Naib Presiden dan Setiausaha Agung PKR memberi keterangan bertulis dari dalam kandang tertuduh. 

Mohd Rafizi didakwa memiliki tanpa kebenaran satu halaman muka surat 98 mengenai Laporan Pengauditan 1MDB yang merupakan kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972. 

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di lobi bangunan Parlimen, Jalan Parlimen, di sini pada 3 petang, 24 Mac lalu, mengikut Seksyen 8(1)(c)(iii) Akta Rahsia Rasmi 1972 dan boleh dihukum penjara hingga tujuh tahun, jika sabit kesalahan. 

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mendedahkan kandungan laporan tersebut dalam sidang media di tempat dan pada masa sama, 28 Mac lepas, mengikut Seksyen 8(1)(c)(iv) akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, jika sabit kesalahan. 

Bagaimanapun, mahkamah kemudian membenarkan penangguhan bagi membolehkan pihak pembelaan memfailkan rayuan.

3 ulasan:

  1. Ada dokumen rahsia kerajaan 1 hal..
    1 perkara lain yg bahaya juga adalah.. dari mana dpt atau siapa yg berikan pada beliau. Punca nya j7ga harus disiasat dan diambil tindakan sama.. tony phua?

    BalasPadam
  2. Salahuddin Ayub - Kepada sahabatku Rafizi Ramli
    Kepada sahabatku Rafizi Ramli

    Saudara telah melakukan sesuatu yang benar dalam melunsuri jejak kebenaran yang menjadi teras dalam perjuangan Islam.

    Sebagai seorang Islam saya merasa malu kerana mungkin keberanian saya tidak seperti saudara yang bersungguh dalam menentang kezaliman pemerintah negara ini.

    Denyutan perjuangan saudara terasa benar desirannya dihati rakyat diluar sana kerana saudara beramal dengan apa saudara yakin.

    Saudara tidak pernah bersengama dengan kezaliman walaupun lidah saudara tidak petah berkuliah dengan berjuta nas dan fatwa.

    Saya akan terus belajar dari nafas perjuangan saudara kerana saudara adalah penafsir kalam yang mulia.

    Salahuddin Hj Ayub

    BalasPadam
  3. Biar macam pepatah...
    'jangan jadi gunting..bergerak tapi menceraikan kain'
    'jadilah jarum..walau mencucuk tapi mencantumkan'
    Khas utk umno ...

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....