SAMAN MAHATHIR : DOJ Gesa Kerajaan Malaysia Ambil Tindakan!!!


Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) didakwa menasihati kerajaan Malaysia supaya mengambil tindakan tegas ke atas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana berterusan membuat dakwaan palsu kata Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao.
Beliau berkata, apa yang berlaku menunjukkan dakwaan Tun M dan sekutunya tidak benar sama termasuklah kononnya DOJ bakal mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai Malaysian Official 1 (MO1).

“Melalui Peguam Negara AS, Loretta Lynch, Najib tidak disiasat dalam kes 1MDB. DOJ juga sudah memaklumkan bahawa siasatan itu juga tiada kaitan dengan apa-apa siasatan jenayah ke atas Najib,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, DOJ sendiri berasa kurang senang dengan pihak yang sengaja menuduh mereka kononnya akan memanggil dan mendakwa Najib dalam kes itu.

“Selagi tiada tindakan tegas diambil ke atas Mahathir dan orang-orangnya, mereka akan terus membuat tuduhan dan dakwaan biarpun tidak ada asas atau fakta,” katanya.

Menurut Ramesh, Mahathir menggunakan saman sivil berkenaan yang dikatakan ada individu tertentu sudah menyeleweng dana 1MDB untuk membiayai perkara-perkara tertentu untuk memburukkan nama Najib dan BN di mata dunia.

Katanya lagi, di dalam saman sivil berkenaan, nama Perdana Menteri tidak disebut langsung oleh pihak DOJ.

Malah menurutnya, dalam kes yang sama, 1MDB sendiri tidak pernah pun membuat laporan atau aduan bahawa ada wang mereka sudah hilang akibat penyelewengan.

Kenyataan itu menguatkan lagi apabila 1MDB telah menegaskan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang aset di AS.

SUMBER

5 ulasan:

  1. Apa mamat ni cakap..mabuk ke? merapu tak tentu arah atau dedak dah nak habis ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alahai Jing, yg terlebih dedak tulang babi tu adalah ko yg siang malam menyalak nak menjatuhlan pemimpin2 Islam satu per satu sambil menjilat taik DOGS AND PIGS.
      Zaman kapir menghasut dan memfitnah dah berlalu la, Jing. Permainan taik kapir pembangkang dapigs pada PRU13 dah tak laku utk PRU14.

      Padam
  2. Anon 11.00 am
    Mamat mabuk todi ni bukan kapir ke?. Jangan gunakan Islam sebagai alasan untuk menutup kemungkaran.

    BalasPadam
  3. Kau dok ampu Madey berlebihan sangat tu kenapa. Boleh dapat Marina free kah?

    BalasPadam
  4. wow!!!!....Ini lawak pecah panggung ni
    kurrr!!kurrrr!!!kurrr!!!aaakkkk!!!akkkkk!

    tak kan nak dedak gred A

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....