Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyekolahkan seorang Ahli Parlimen DAP secara terbuka dalam wacana anjuran Karangkraf kerana tidak memahami isu berhubung pindaan RUU 355 atau Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) 2016.
Ramai yang tersalah anggap mengatakan kononnya adalah undang-undang hudud, sebaliknya Jamil Khir menjelaskan tanggapan itu salah sama sekali.
Menurutnya, RUU tersebut tiada kaitan dengan hudud malah jenayah melibatkan hudud seperti rogol atau rompak bukan di bawah kuasa mahkamah syariah.
“Pindaan ini untuk meningkatkan kuasa mahkamah syariah. Ini bukan soal hudud. Rompak, rogol itu melibatkan mahkamah sivil. Bukan mahkamah syariah.
“Timbul persepsi pindaan itu diolah seakan-akan kita nak ambil hak orang lain, keluar dari mahkamah syariah. Pindaan ini tak timbul soal kita nak ambil hak orang lain,” katanya pada Ahad.
Beliau berkata demikian semasa menjadi panel Wacana Sinar ke-41, Pindaan Akta 355: Antara Realiti dan Persepsi di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf.
Dalam wacana sama, Ahli Parlimen DAP Kepong, Dr Tan Seng Giaw masih sangsi dengan penjelasan dibuat memandangkan usul pindaan tersebut dibawa oleh PAS dan bukannya kerajaan pusat sendiri.
“Soal hari ini bukan soal RUU sahaja. Kita mesti pandang ke seluruh negara tentang apakah perasaan masyarakat bukan Islam ke atas RUU ini
“Sebelum kita bahas tentang RUU, ia sudah pun tersebar luas di seluruh negara menerusi media sosial. Adakah RUU ini pintu belakang (pelaksanaan) hudud?
“Ada persoalan mengapa PAS yang bentang RUU ini bukan kerajaan?
“Hingga timbul persepsi PAS dengan UMNO sudah bersama. Itulah persepsi yang timbul sekarang,” katanya.
- SUMBER
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....