WARKAH DARI PENJARA : Surat Kedua Anwar "Checkmate" Untuk Tun Mahathir?


"Pengaruh" Tun Mahathir semakin tergugat dan terhakis dengan dua perkara yang berlaku semalam. Pertamanya apabila Perdana Menteri Najib Razak secara terbuka mengisytiharkan tiada lagi kronisme Tun Mahathir dalam perjalanan urus tadbir Proton.

Keduanya pula apabila penasihat parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan sekali lagi mengirimkan ‘warkah dari penjara’ namun kali ini ia ditujukan khusus kepada para pemimpin kanan parti itu.

Menurut sumber yang ditemui sebentar tadi (petang semalam) oleh sebuah portal online, perkara itu telah diakui sendiri oleh salah salah seorang Naib Presiden PKR yang mengakui menerima warkah kedua tersebut secara peribadi.

“Kalau sebelum ‘warkah Anwar dari penjara’ itu ditujukan kepada semua ahli dan penyokong namun pada kali ini, beliau menghantar ‘surat peringatan’ tersebut secara ‘personal’ kepada beberapa orang kanan PKR yang dilihat semakin cenderung menyokong Tun Mahathir sehingga melupakan matlamat asal perjuangan parti.

“Antara yang menerima warkah khusus tersebut ialah salah seorang Naib Presiden PKR yang turut mengakui terkejut dengan tindakan Anwar itu,” kata sumber tersebut yang meminta agar identitinya dirahsiakan.

Sumber tersebut turut menjelaskan antara kandungan warkah kedua yang dikirim oleh Anwar itu ialah agar PKR segera menghentikan kerjasama dengan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Melalui warkah tersebut, Anwar mengarahkan agar pimpinan PKR segera menghentikan kerjasama dengan Tun Mahathir yang dikatakan hanya mahu mengunakan parti itu untuk kepentingan peribadi beliau.

“Anwar turut mengingatkan mereka kerjasama bersama Tun Mahathir akan menyebabkan rakyat keliru dengan perjuangan PKR dan sekaligus bakal menyebabkan Umno/BN kembali kuat dan berkuasa,” katanya lagi. - SuaraTV

Hmm.... tak lama dah tu....

3 ulasan:

  1. Warkah dari banduan yg dijatuhkan hukuman penjara kerana menyontot jantan.

    BalasPadam
  2. anwar tak mau komen sikit ke mengenai 'massacre' d Orlando ?
    banyak 'rakan2 nya' terkorban.

    masih belum terlewat utk bertaubat nasuha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Percaya dia????
      hancur hancur ancur

      ketua penipu

      Padam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....