Hahaha...lawak dan kelakar la Rafizi ni. Dibuat sidang media perihal seseorang tetapi apabila individu yang hendak diperkatakan itu hadir dalam sidang media, ia tidak pula dibenarkan turut serta. Lawak tahap Sin Chan ni.....
Kecoh seketika sidang akhbar Naib Presiden PKR Rafizi Ramli di Ibu Pejabat Amanah Perak hari ini apabila Pegawai Khas Isteri Perdana Menteri Datuk Rizal Mansor datang ‘tanpa diundang’ ke majlis itu.
Lebih kecoh apabila petugas Amanah menghalang Rizal memasuki ruang sidang akhbar dengan alasan beliau tidak dijemput menghadirinya dan kekalutan itu berlangsung kira-kira 15 minit.
Rizal ketika ditemui wartawan di luar bangunan itu berkata tindakan pembangkang menghalangnya masuk membuktikan mereka tidak berani berdepan dengan kebenaran.
“Dia (Rafizi) ini berani cakap belakang saja. Cakap depan tidak berani. Saya bukan nak jumpa dia sangat, kalau nak jumpa dia, bila-bila saya boleh jumpa.
“Saya cuma nak dengar apa dia cakap. Tetapi malangnya saya dihalang masuk pada sidang media dia. Kenapa? Takut pembohongannya terbongkar,” katanya
Katanya, laporan polis mungkin akan dibuat jika Rafizi terus menerus membuat pembohongan terhadap Rosmah dan isu jet.
“Buat masa ini kita masih dalam peringkat perbincangan lagi dan meneliti pembohongan dibuat Rafizi,” katanya.
Ketika ditanya sama ada akan menghadiri ceramah perdana Amanah malam ini yang diketuai Rafizi, Rizal berkata:”Saya akan datang kalau dijemput.” - SUMBER
Apa bezanya dengan Najib ..sekat wartawan drp bertanya hal berkaitan 1mdb. Program nothing to hide dia lari ikut pintu belakang.
BalasPadambacul tu senonim ngan pondan dan sutun.
BalasPadamDua orang wartawan Four Corner ABC News bukan setakat dihalang dan dihalau daripada menemuramah Najib, malahan mereka turut ditangkap dan diheret ke balai polis, apa cerita ni Blogger Belia Bangkit, dah jadi Belia Tersungkur ke?
BalasPadamSila jawab.
Sedarlah semua.
Salam perjuangan A Ba Ta,
Ikhlas daripada,
Abu Bakar
Lah..kat sini pun si abu toh merapu..Pm Najib kan perdana menteri Malaysia..setaraf mcm obama...keselamatannya memang wajib dijaga..rafizi...tu sapa...besar sangat ke jawatan dia kat Malaysia ni....kalau takat ahli parlimen kat Malaysia ni berapa ratus ahli parlimen...so...ingat ahli parlimen untuk pembangkang tu besar sangat ke jawatannya...bila rafizi naik kereta ada polis pengiring tak....tak de kan...so faham2 jer lah status dia tak penting langsung
PadamBuat je laporan polis.
BalasPadam