PAKATAN TAIK KUCING : Pakatan Harapan Berbalah Agihan Kerusi Di Sarawak


PKR Sarawak tidak akan berganjak dengan pendirian sebelum ini tentang keputusan bersabit lima kerusinya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Pengerusinya, Baru Bian berkata, meskipun diminta menghormati keputusan pimpinan pusat PKR dan DAP, namun Baru menjelaskan yang PKR pusat tidak sepatutnya menolak pendirian PKR Sarawak dan mengutamakan rakan sekutunya, DAP.

Sehubungan itu tegasnya PKR Sarawak bersedia untuk berdepan satu sama lain bagi sekurang-kurangnya dua atau tiga kerusi jika mereka tetap tidak mahu berkompromi dalam pembahagian kerusi sebelum penamaan calon 25 April ini.

Sehingga kini terdapat percanggahan kira-kira lima kerusi berdasarkan senarai 29 kawasan pilihan raya DAP  yang telah diumumkan pada Sabtu.

Kerusi yang bertindih itu adalah Mambong, Simanggang, Ngemah, Murum dan Mulu.

Baru berkata, PKR tidak bersedia untuk melepaskan Mambong, Simanggang dan Mulu kerana parti itu percaya calonnya mempunyai peluang yang baik untuk menang.

“Calon-calon kami telah bekerja keras turun padang untuk beberapa tahun kebelakangan ini. Kami bersedia untuk pertandingan tiga penjuru di dua atau tiga kerusi jika kita tidak dapat mencapai penyelesaian,” katanya kepada The Star pada Ahad.

Bagaimanapun katanya, masih ada ruang untuk rundingan dan berharap perkara itu dapat diselesaikan sebelum hari penamaan calon.

Oleh itu, beliau berkata, PKR akan mengumumkan calonnya selewat-lewatnya minggu ini, mungkin pada hari Sabtu, ketika presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dijadualkan berada di Kuching.

Kepimpinan PKR juga menerima tamparan apabila Baru meluahkan rasa tidak puas hati terhadap hasil rundingan kepimpinan nasional PH berhubung pengagihan kerusi yang menyaksikan lima kerusi milik parti itu bertindih dengan kerusi yang diingini DAP.

Ini kerana Pengerusi PKR Sarawak itu dikatakan mula melihat tanda-tanda bahawa mereka tidak dapat mematuhi arahan Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Ia berikutan DAP sebelum ini mengumumkan bahawa ia akan bertanding di 29 kerusi berbanding 15 kerusi pada pilihan raya negeri 2011.

Kerusi tersebut adalah Tasik Biru, Padungan, Pending, Kota Sentosa, Batu Kawah, Mambong, Kedup, Bukit Semuja, Simanggang, Repok dan Meradong, Pakan, Ngemah, Bukit Assek,Dudong, Bawang Assan, Pelawan, Pelagis, Katibas, Baleh, Murum, Tanjong Batu, Kemena, Samalaju, Piasau, Pujut, Senadin, Mulu, dan Stakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....