ALLAHU AKHBAR!!! Stadium Nasional Saksi 2 Individu Diislamkan Dr Zakir Naik


ALLAH MAHA BESAR. Selepas Wu Nina Grace, seorang lelaki Sikh dan seorang wanita tempatan pula terbuka hatinya untuk mengucapkan syahadah, sekali gus memeluk Islam selepas menghadiri ceramah Dr Zakir Naik, malam tadi.

Penjawat swasta dan warganegara India, Harinder Pal Singh, ketika tampil mengajukan soalan kepada Zakir, tersentuh dengan penjelasan pendakwa ulung antarabangsa itu.

Harinder, 23, kemudian dengan rela hati memeluk Islam selepas Zakir membuktikan wujud persamaan antara al-Quran dan kitab Singh, bahawa Allah hanya satu dan Nabi Muhammad SAW pesuruhnya.

“Sekarang saya jelas bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah,” katanya sambil dipeluk hadirin yang membanjiri ceramah Zakir di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Zakir turut berkesempatan mendoakan supaya perjalanan Harvinder mendalami ajaran Islam dipermudahkan, selain meminta pelbagai pihak untuk membantunya.

“Apa saja yang anda lakukan sebelum ini akan diampunkan, insya-Allah dan semoga Allah kurniakan anda Jannah,” katanya disahut laungan takbir 35,000 orang di stadium berkenaan.

Harinder mengakui dirinya sudah mendalami ajaran Islam daripada rakan dan tokoh agama sejak setahun lalu, namun masih menunggu penjelasan yang akhirnya diutarakan secara jelas oleh Tokoh Maal Hijrah 2013 itu.

“Saya akan terus ikut ceramah Dr Zakir selepas ini dan memasuki kelas agama untuk memahami syariat Islam, selain menguatkan kepercayaan diri terhadap Allah dan rasulnya.

“Kehendak saya untuk memeluk Islam bukan atas paksaan, sebaliknya dilakukan atas penuh kerelaan diri kerana tertarik dengan keindahan dan kesempurnaan agama ini,” katanya.


Sementara itu, seorang wanita yang lengkap berjubah dan bertudung hitam tampil ketika sesi soal jawab dan menyatakan hasratnya untuk mengucap dua kalimah syahadah.

“Saya tidak ada soalan untuk ditanya dan ingin mengucapkan dua kalimah syahadah,” katanya sambil disambut sorakan hadirin.

Hadiri di dalam stadium menjadi hiba apabila wanita itu tanpa menyatakan dari mana, memaklumkan dia adalah penganut Roman Katholik, bersunguh-sungguh mahu memeluk Islam.

Dr Zakir Naik yang dalam siri jelajah Malaysia kemudian mengajar wanita itu mengucap dua kalimah syahadah.

1 ulasan:

  1. Inilah puncanya pemimpin Hindraf, DAP, MCA dan MIC mintak supaya Kerajaan Malaysia haramkan Dr. Zakir Naik yang mereka beritahu bukan "ulamak" ini jangan masuk Malaysia. Inilah yang mereka khuathirkan sangat-sangat. Sekarang ini kita baru tahu bahawa Dr. Zakir Naik kitab orang SIKH pun dia ada maklumatnya. Jangan pulak selepas ini anak mendiang Karpal Singh pulak berbunyi.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....