Sebuah blog (KLIK SINI) telah memuatnaik gambar resit bayaran seorang pelanggan yang nyata tidak berpuashati dengan kadar harga makanan yang telah dijamah mereka. Pelanggan restoran ikan bakar dan makanan laut di Pantai Jeram, Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan melahirkan rasa geram, berang dan benggangnya apabila dicaj dengan harga yang begitu mahal untuk beberapa makanan laut yang jumlah dan beratnya tidak seberapa.
Bayangkan kangkung pun harga hampir RM50????? Kangkung jenis apa itu??? Kangkung organik pun tidak semahal itu.
Secara peribadi penulis tidak dapat memberi ulasan ke atas isu ini kerana pertamanya, penulis tidak tahu bilangan orang yang makan, keduanya saiz ikan atau makanan yang dipilih, dan ketiganya mutu perkhidmatan serta keadaan fasiliti di Aroma Ikan Bakar itu sendiri. Maka, adalah tidak adil untuk penulis menghukum terus pengusaha Restoran Aroma Ikan Bakar tanpa sebarang maklumat bagi perkara-perkara di atas.
Lain la sekiranya pihak Aroma Ikan Bakar nak buat penjelasan dan menjemput penulis untuk "merasai" sendiri makanan dan perkhidmatan yang disediakan.
Dan satu lagi, kepada pihak berwajib rasanya bolehlah buat pemantauan bagi memastikan perkara ini tidak benar atau mengambil tindakan yang sewajarnya andai sebaliknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....