DI TROLL HADIAH JCM : Khairy Jawab Tohmahan Dan Persepsi Negatif!!!


Cukup mudah dan cepat orang kita membuat tohmahan tanpa mengetahui fakta dan kedudukan sebenar. Malah, sesetengahnya tak terlibat langsung dalam aktiviti sukan tetapi komen dan ulasan yang diberi seolah-olah merekalah pakar dalam bidang tersebut.

Tidak mengapa. Kebebasan bersuara katanya. 


Rentetan isu yang "panas" ketika ini maka Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin tanpa berselindung atau "melarikan" diri, tampil memperjelaskan keadaan. Kenyataan Khairy dipetik melalui postingnya di FB :

Terima kasih atas segala pandangan yang diberi tentang program Junior Cycling Malaysia (JCM) anjuran Kementerian Belia dan Sukan melalui Majlis Sukan Negara (MSN). JCM adalah program pembangunan bakat untuk sukan basikal dan telah bermula pada hari Sabtu 9 April di Serdang, Selangor. Sirkit JCM akan jelajah ke setiap negeri sampai ke hujung tahun ini. 

Walaupun saya banyak promosikan JCM, ia hanya mendapat perhatian orang ramai apabila gambar-gambar semasa penyampaian hadiah disebarkan secara viral. Ramai yang menegur dan mengkritik jumlah wang yang kecil untuk pemenang kategori bawah umur 11 dan 9. Mereka telah menerima RM30 hingga RM10. 

Saya akui, jumlah wang yang diberikan sebagai hadiah kemenangan memang kecil. Pihak JCM memilih untuk buat demikian sebab yang paling penting untuk kategori umur kanak-kanak adalah minat, pengalaman penyertaan dan kemahuan untuk menang bukan kerana habuan wang. Jika dari peringkat kanak-kanak kita sudah biasakan mereka dengan hadiah wang tunai, saya risau mereka akan lupakan matlamat utama mereka berjuang dalam sukan. 

We want them to grow up with the right values and attitude. Yes, money is important and if they do well in sports, they will be financially rewarded later on but let's not spoil them from when they are young. Let them want to win for the sake of winning, to be the best not because of money but because of determination and honour. 

Lagi pun, segala hadiah kemenangan telah pun diberitahu kepada semua peserta sebelum pendaftaran dan dipaparkan dalam laman web JCM, jadi tidak timbul isu mereka tak tahu atau tidak dihargai. Rata-rata parents yang bawa anak mereka tak fikir soal hadiah wang tetapi telah mengorbankan masa mereka kerana minat anak-anak mereka dalam sukan basikal. And they were happily there supporting their kids. 

Kalau ada perkara yang perlu diperbetulkan adalah pemberian mock cheque kepada pemenang-pemenang. Itu akan dihentikan untuk acara-acara JCM kelak. 

JCM creates a pathway for champions. Who want to win because of honour. For more information please check out www.jcm.my

Dikongsikan juga beberapa komen tokoh sukan / jaguh atlet negara berkaitan isu ini.




Dan sekiranya nak menambah info mengenai hadiah-hadiah yang ditawarkan di peringkat antarabangsa sila rujuk artikel ni :

A good article by astro awani bout this :

http://www.astroawani.com/gaya-hidup/menang-rm30-apakah-hadiah-sukan-berbasikal-junior-di-luar-negara-102282

5 ulasan:

  1. Masih lagi alasan bangang yang diberikan, kalau dah tahu yang wang ringgit itu tak penting untuk diperkenalkan pada kanak kanak yg seusia yg masih muda sebegitu tapi bukankah boleh digantikan dengan pemberian hadiah seperti helmet atau jersey dan sebagainya. Kalau dah bangang tu tolong mengaku aje dan lain kali buatlah yang lebih elok

    BalasPadam
    Balasan
    1. marah nampak.. ko ada hantar anak masuk bertanding tak? parent lain pun tahu berkenaan hadiah tu..tapi masih bawa anak masing2. yang tak berkenaan pulak yang sibuk. sebab kj menteri bn kut.

      Padam
    2. Itulah...bersukan pun tidak, kerja nak menghentam org je.

      Padam
  2. sarana dah betul..tetapi bab memaki tu tak betul

    BalasPadam
  3. Sokong kenyataan KJ. Apa yang penting untuk kategori umur kanak2 adalah minat, pengalaman serta pupuk sifat berdaya saing. Jika niat mahu menang demi habuan wang dan kebendaan mungkin akan mengurangkan semangat kesukanan dalam individu atau ahli2 sukan tersebut.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....