HARU-BIRU : Mahathir Penyebab Kekalutan Dalam PKR!!!


Semua orang beranggapan kritikan dan serangan berterusan Tun Dr Mahathir Mohamad telah memecah belahkan UMNO. Mereka percaya, Dr Mahathir telah menyebabkan ahli UMNO membenci Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak. Mereka juga percaya bekas Perdana Menteri telah menyebabkan UMNO berpecah dua – menyokong dan menentang Najib.
Hakikatnya memang betul UMNO berpecah kerana Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz yang bergabung dengan pemimpin pembangkang untuk menggulingkan Najib.

Mereka bersama-sama menjunjung Deklarasi Rakyat kononnya untuk Selamatkan Malaysia daripada terus musnah di bawah pentadbiran Najib.

Namun, dari hari ke hari, nampaknya usaha itu semakin hambar. Sengat dan taring Dr Mahathir serta Muhyiddin semakin tumpul dan tidak berbisa lagi. Rakyat pula makin hilang minat.

Ketika semua mata tertumpu kononnya berlaku perpecahan dalam UMNO, tanpa sedar atau buat-buat tak sedar ialah perpecahan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana Deklarasi Rakyat dan Dr Mahathir.

Penyokong PKR seolah ‘butakan mata dan pekakkan telinga’ tentang perpecahan yang sedang berlaku dalam PKR ketika ini. Khabarnya Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wah Ismail dan anaknya Nurul Izzah berjuang sendirian untuk pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nama-nama besar dalam PKR seperti Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Setiausaha Agung dan Naib Presiden, Rafizi Ramli, Tian Chua dilihat lebih menyokong Dr Mahathir maka tinggalkan Wan Azizah dan pejuang reformasi yang kebanyakan telah meniti usia senja memperjuangkan nasib Anwar bagi mengelak pemimpin agung itu mereput dalam penjara.

Tidak hairanlah secara tiba-tiba nama Ezam Mohd Noor kembali menjadi sebutan apabila didakwa beliau mahu kembali menyertai PKR.

Ada pihak yang mengatakan Wan Azizah mahu Ezam kembali untuk mencantas pemimpin tertentu yang dilihat terlalu berkuasa dalam PKR. Namun ada pihak yang memberitahu, Ezam telah lama menyuarakan hasrat untuk kembali ke pangkuan PKR tetapi dibantah pemimpin-pemimpin PKR yang tertentu.

Rakyat melihat PKR sebuah parti yang tenang namun sebenarnya parti itu penuh dengan pergolakan. Anwar yang mulanya dikatakan menyokong Deklarasi Rakyat tetapi mengubah pendirian apabila mengkritik kerjasama Dr Mahathir.

Tiba lama selepas itu, timbul cerita dalam kalangan ahli PKR bahawa surat sokongan dari Penjara Sungai Buloh itu sebenarnya palsu, bukan ditulis Anwar.

Tidak hairanlah Wan Azizah enggan menerima Deklarasi Rakyat selagi pembebasan Anwar tidak dimasukkan sebagai salah satu agenda. Peliknya hanya Wan Azizah yang menyuarakan perkara ini sedangkan pemimpin kanan PKR lain diam seribu bahasa.

Dan sehingga hari ini, Wan Azizah enggan berjumpa dengan Dr Mahathir kemungkinan besar beliau tidak boleh memaafkan tragedi 1998 yang mengheret beliau dan keluarga ke kancah politik.

Dr Mahathir bukan sahaja menghina Najib dan pemimpin UMNO lain tetapi juga Anwar. Baru-baru ini ketika ditemubual media antarabangsa, Dr Mahathir sekali lagi menghina dengan melabelkan Anwar pemimpin tidak bermoral dan tua, maka tidak layak menjadi Perdana Menteri.

Yang hairannya, pemimpin kanan PKR yang selama ini berjuang bersama-sama Anwar seakan terpukau dengan Dr Mahathir dan tidak mampu menolak penghinaan terhadap Anwar, maka mereka menerimanya. Sekaligus menunjukkan betapa hapraknya pemimpin-pemimpin PKR itu.

Kerana Deklarasi Rakyat dan Dr Mahathir, pemimpin PKR telah menunjukkan mereka sebenarnya tidak boleh dipercayai dan bukan pemimpin setia.

Kesian Anwar dan Wan Azizah. Mereka tidak habis-habis dikenakan oleh Dr Mahathir dan orang-orang yang rapat yang kononnya berjuang untuk keadilan tetapi sebenarnya lebih kepada kepentingan politik sendiri.

Nampaknya Anwar patut memikirkan secara serius untuk bersara dalam dunia politik kerana beliau semakin tidak relevan dan tidak lagi dipandang mulia oleh pemimpin PKR apatah lagi pemimpin pembangkang lain.

Apa yang agaknya ada dalam kepala pemimpin kanan PKR yang menyokong Dr Mahathir? Mereka sedar Deklarasi Rakyat untuk menjatuhkan Najib bukan menjatuhkan UMNO atau BN. Jika Najib turun, penggantinya juga Perdana Menteri dari UMNO. Seperti tiada kebaikan kepada pembangkang yang menyokong Dr Mahathir kecuali publisiti murahan.

Dalam soal ini, kita patut ucap tahniah kepada PAS yang ‘masih waras’ berbanding parti pembangkang lain. Walaupun dihina dan dikeji penyokong pembangkang, PAS bijak dan tidak terperangkap dengan permainan Dr Mahathir yang sebenarnya ada agenda tersembunyi untuk menjatuhkan Najib.

Tahniah juga kepada pejuang reformasi tulen dalam PKR yang sedar dengan permainan politik dan masih setia memperjuangkan agenda untuk mereformasikan pentadbiran secara keseluruhan bukan sekadar menjatuhkan seorang pemimpin bernama Najib Razak. - SUMBER

10 ulasan:

  1. Ini menunjukkan kebijakan Tun Dr. Mahathir dalam usaha menyelamatkan UMNO dan Barisan Nasional serta Malaysia daripada dijahanamkan oleh Najib.

    Walaupun Tun Dr. Mahathir bersama-sama PKR, DAP, Amanah bagai, tetapi Tun Dr. Mahathir tetap konsisten dengan perjuangan UMNO walaupun beliau telah keluar dari UMNO bukannya kerana beliau tidak suka kepada UMNO, tetapi tidak dapat lagi nak bersama dalam UMNO yang dijahanamkan oleh Najib itu.

    Walaupun Tun Dr. Mahathir bersama-sama orang dari PKR, DAP, dan Amanah bagai, tetapi ini adalah usaha Tun Dr. Mahathir untuk menyelamatkan UMNO dan Barisan Nasional, kerana jika UMNO dan Barisan Nasional diserang maka rakyat akan lihat bahawa ini bukan masalah UMNO dan Barisan Nasional, tetapi ini masalah Najib yang merosakkan UMNO dan Barisan Nasional dengan skandal jenayah peribadi Najib itu.

    Saya sungguh pelik dengan perangan blogger-blogger Najib ni, mereka tuduh Tun Dr. Mahathir bersekongkol dengan DAP dan PKR, sedangkan Tun Dr. Mahathir duduk semeja dengan DAP dan PKR hanya kerana mahu menjatuhkan Najib supaya negara ini dapat diselamatkan, ini adalah perkara pokok dalam kerjasama itu. Tetapi tengoklah macam blogger Belia Bangkit ni, dah jadi macam blog pembangkang pula, bermati-matian nak membela PKR pula, apa cerita ni?

    Sebab itulah bila Nazri Aziz kata Tun Dr. Mahathir baling gelas pun tak pecah, tetapi bila Tun Dr. Mahathir bangun berjuang, menggelepar segala dengan Nazri Aziz, Najib dan terutama sekali blogger Najib yang sudah hilang punca hingga menuduh yang bukan-bukan kepada Tun Dr. Mahathir pula, sampaikan blogger Najib kini dah jadi 'hero' yang nak pertahankan parti pembangkang pula nampaknya.

    Meskipun begitu, ini tidaklah bermakna Tun Dr. Mahathir memperalatkan pembangkang dalam isu Deklarasi Rakyat, kerana jika pembangkang biarkan Najib terus berkuasa sehingga PRU 14, maka di ketika itu, jika pembangkang menang sekali pun dengan menyapu bersih seluruh kerusi parlimen dan DUN di semua negeri, tetapi sedarlah bahawa tak ada gunanya ketika itu kerana wang negara dah banyak yang lingkup, negara dah hampir menjadi bangkrap, macam mana pihak pembangkang nak tadbir negara ini dengan keadaan negara yang bankrap? Sebulan dua bolehlah rakyat terima alasan bahawa ini adalah salah Najib dan kuncu-kuncu, tetapi kalau dah lama tak mampu nak pulihkan kewangan negara, tak mampu nak pulihkan ekonomi negara, maka rakyat pun akan naik angin dan jatuhkan kerajaan masa itu pula.

    Tindakan Tun Dr. Mahathir adalah untuk menyelamatkan negara ini, di samping untuk menyelamatkan UMNO dan gabungan Barisan Nasional dari terus hancur. Pihak pembangkang pula jika hendak menang buktikanlah keupayaan mereka, Tun Dr. Mahathir tidak mempergunkan pembangkang pun, apa yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir adalah untuk menyelamatkan negara ini di samping untuk menyelamatkan UMNO dan gabungan Barisan Nasional daripada dicerca dan dihina oleh masyarakat akibat perbuatan Najib ini, itu sahaja.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
    Balasan
    1. yer ker???

      Padam
    2. Namun, dari hari ke hari, nampaknya usaha itu semakin hambar. Sengat dan taring Dr Mahathir serta Muhyiddin semakin tumpul dan tidak berbisa lagi. Rakyat pula makin hilang minat.

      Puncanya sebab Tun duduk semeja dgn pemimpin DAP yg memang anti ajaran Islam. Pemimpin DAP juga lah yg telah menggalakkan umat Islam supaya mensyirikkan kalimah ALLAH. Perlu ke kita bersekongkol dgn parti DAP yg ada isu penyokong mereka buat laporan polis terhadap bunyi azan Subuh dan juga tentang isi maklumat ugama Islam khatib membaca kutbah hari raya baru baru ini?

      Alhamdulillah ramai orang Islam Malaysia kini sudah sedar dan nampak mana yang boleh dan mana yang tidak boleh dikompromi langsung.

      Padam
  2. Lepas ni buatlah artikel untuk kempen untuk menyokong PKR pula ye wahai blogger Belia Bangkit, bukan apa dah alang-alang kau tuduh Tun Dr. Mahathir nak merosakkan PKR, maka kau nak tunjuklah yang kau nak selamatkan PKR dan kau sayangkan PKR, tak gitu?

    Lepas sokong PKR, kau boleh sokong dan kempen untuk Amanah pula ye, kemudian sokong dan kempen untuk DAP pula lepas tu.

    Kemudian kau bagitau ke Najib yang kau dah berkempen untuk memburukkan Tun Dr. Mahathir dan pada yang sama kau telah menyelamatkan dan memperkuatkan PKR, Amanah dan DAP.

    Inilah tahap blogger 'Cari Makan', tak ada kualiti, membuat artikel merapu tak tentu hala tanpa arah tujuan.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
  3. Haha terbakar burn

    BalasPadam
  4. Pnya la panjang c burn tu tulis , burn rakyat pn dh tk heran dengan tun m tu , btl ke tun m nk selamatkn bn dan malaysia ? Atau tun m nk selamatkn tengkuk dia ?

    BalasPadam
  5. Rasa2 nyakan Burn Ash tu adalah khiaruddin laki si umi...sbb dia punya ketegaqlah nak cover dan back up Mahadey mak ooi.....mcm Mahadey tu....tahap malaikat...tak dak dosa langsung ..elok lah ru dalm dap ada tokong dalam ANc ada apa nak panggil...tak kat kita nak mengaku Mahadey tu mcm malaikat....issh mengarut apa burn ash tu

    BalasPadam
  6. Pembangkang PENING.TUN M PUN MABUK,MOHD NAJIB JUGA YG UNTUNG..HE HE HE..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....