Apa Hal Mat Sabu Ni? Dah Gila Ke Apa?


Pengakuan menteri luar Arab Saudi bahawa kerajaannya mendermakan RM2.6 bilion kepada Datuk Seri Najib Razak menggambarkan Malaysia dan perdana menteri sendiri telah dibeli untuk menyertai blok yang diketuai negara itu.

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu berkata, ini kerana Arab Saudi kini sedang mengetuai blok besar di Timur Tengah dan dilihat sedang bertelagah dengan kumpulan dari blok lain.

“Oleh itu pengakuan memberi derma kepada Najib itu telah menyebabkan Malaysia seolah-olah telah dibeli untuk menyertai blok yang diketuai oleh Arab Saudi itu,” katanya pada kenyataan media.

Mat Sabu berkata, Malaysia adalah sebuah negara yang dikenali khususnya dalam rangkaian negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) atas sifatnya yang berkecuali.

Antaranya dalam beberapa isu termasuk peperangan Bosnia, isu Afghanistan dan sokongan terhadap Palestin.

“Kesannya, imej hebat Malaysia selama ini akhirnya telah terjejas dengan derma ini. Malaysia tidak lagi dilihat berkecuali dan boleh memainkan peranan,” kata Mat Sabu.

Justeru katanya, untuk keluar daripada kemelut itu beliau memohon Najib supaya meletakkan jawatan ‘secara terhormat’.

“Tindakan ini penting bagi menamatkan segala bentuk spekulasi dan tohmahan kepada Malaysia sekaligus memulihkan imej negara yang kini buruk di Timur Tengah termasuk di Eropah.

“Malaysia hendaklah kembali memainkan peranan seperti dahulu menjadi orang tengah, pendamai, dan bukannya pengadu domba. Itulah peranan yang dimainkan oleh semua Perdana Menteri sebelum Najib Tun Razak.

Jumaat lalu Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir mengaku bahawa sumbangan derma kepada perdana menteri datang dari negara itu.

Al-Jubeir dilaporkan memberitahu wartawan Malaysia di Istanbul bahawa kerajaan Saudi sedar derma itu adalah tulen tanpa mengharapkan balasan.

11 ulasan:

  1. Nampak sah Mat Sabu ni Syiah!!!! Hanya syiah yg membenci sangat Arab Saudi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. perlukah mendengar kata2 seorg kaki burit mcm mat sabu ni..

      Padam
  2. Habis dia tu dibeli oleh Dap lagi terukkan....

    BalasPadam
  3. Mat Sabu - Dia ni sangat sinonim dengan pilihan yang mengarut..:-

    Orang pilih Islam, dia pilih komunis
    Orang pilih Ahli Sunnah Wal Jemaah, dia pilih Syiah.
    Orang nak Perdana Menteri Melayu, dia nak Perdana Menteri cina.

    Nak wat camna?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kau kalau ade degree x kn ckp mcm ni. Selalu org macam kau result spm mmng teruk, x masuk universiti lps tu bodoh smpai tua.

      Padam
    2. Hidup ini umpama mengharungi arus perdana yang perjalanannya tetap dan berterusan. Apabila kita tidak mengikuti arus itu kita akan hanyut bersama-sama dengan arus yang cuba dilawan nya itu. Contoh arus perdana yang tetap adalah arus kematian, apabila persediaan yang sedang diusahakan sementara usia masih ada adalah tidak sesuai dengan pegangan yang seharusnya kita peka dan berhati-hati segala usaha yang kita bersungguh-sungguh cuba untuk merialisasikan itu akan kelihatan sia-sia sahaja. Sesuai dengan peribahasa Melayu lama" Terlajak perahu bolih di undur terlajak pertuturan buruk padahnya".

      Padam
  4. YANG PALING TERUK...MUKA BERSELEMUIH NGAN AIR MAH MASIH TAK MENGAKU.

    BalasPadam
  5. Mabuk Syabu, Mat Sabu ni. Dah tak rekeven dalam politik Malaysia. Patutnya duduk diam-diam berkhawat di Pondok Mat Isa, Pendang.

    BalasPadam
  6. Doakan semoga dia insaf dan kembali ke pangkal jalan.
    Dalam politik ni tiada apa yang mustahil.
    Hari ni musuh , esok berkawan .

    Kita yang rakyat biasa ni , tak payah ler nak berlebih2 ...buang karan je
    Rugi kalau kita berlebih2 dengan orang politik ni ...dosa je dapat .
    Diorang kalau nak pusing 360 darjah , tak sampai sejam .

    Contoh klasik , adik Azmin Ali .
    Kerana taksub sangat dengan Tun M dulu , dia tibai abang dia macam nak giler. Perkataan apa yang tidak keluar dalam tulisannya , sekarang ...
    hehehehe ....Azmin berpegangan tangan dengan Tun M

    Kih...kih...kih...

    Moral of the story ....biarlah orang politik terjun dengan labu2nya
    kita rakyat biasa ni ....tgk je la
    ada peluang buat duit , kita rembat

    hahahahaha

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. Biarpun Saudi mengaku sebagai derma, masih sukar untuk dipercayai. Zaman fitnah ini, maruah diri tersangatlah murah. Harta dan kuasa menjadi keutamaan.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....