VIDEO : Iklan Tourism Malaysia Dikecam Netizen


Iklan Malaysia Truly Asia yang dikongsi di laman sosial awal Mac lalu, kini mengundang perhatian netizen selepas dikongsi oleh sebuah laman di Facebook.

Video iklan tersebut meraih hampir 200,000 tontonan selepas dikongsi di laman Better Nation Institute.

Iklan itu memaparkan dua kumpulan pelancong wanita yang berkunjung ke Malaysia -- remaja dan dewasa -- dan bertembung antara satu sama lain ketika melakukan pelbagai aktiviti.

Rata-rata netizen menyifatkan iklan tersebut tidak menggambarkan budaya Asia sebenar dan hanya menumpukan kepada gaya hidup mewah.
“Please tell me, i’m not the only one who thinks, this 2016 Tourism Malaysia ad, doesn’t even make sense! (Tolong beritahu saya, adakah hanya saya je yang fikir iklan Tourism Malaysia 2016 tidak masuk akal?),” tulis pengguna Twitter yang menggunakan tweethandle @JohanFKhairuddin
“Yeah, I have no idea what’s the message here. Come to Malaysia if you have too much money and no idea what to do (Yeah, saya juga tidak faham mesej sebenar yang ingin disampaikan, datang ke Malaysia jika mempunyai wang yang banyak dan tidak ada idea hendak membelanjakannya?)” komen @Fazri.
Bagaimanapun, pendapat ini dibidas oleh netizen lain yang meminta agar rakyat negara ini berfikiran terbuka dan menerima hakikat bahawa iklan tersebut diterbitkan untuk pasaran antarabangsa.
“I dunno, ramai jugak complain but i like it. Trying to appeal to young travelers. Inserting a little bit of girlfriend rivalry (Tak tahulah, ramai jugak yang persoalkan tapi saya suka. Mungkin hendak ditujukan kepada golongan pelancong muda,” kata @nadia_nazir.
Ada juga netizen yang membandingkan iklan tersebut dengan sebuah lagi iklan Tourism Malaysia, Land of Memories yang dianggap lebih tepat mempamerkan nilai Asia malah memenangi tempat kedua Anugerah Multimedia Pelancongan Berlin 2016.

Menurut YouTube rasmi Tourism Malaysia, video tersebut adalah iklan televisyen yang dirakam khas buat pelancong di Asia Selatan.

Lihat video tersebut :

5 ulasan:

  1. Tanyalah kat Nazri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang cam taste Nazri jer, ada mewah mewah, minum minum, pompuan cantik. But seriously golongan inikah yang banyak menyumbang utk pendapatan pelancongan negara? Dan kenapa pula kita dah tak fokus kepada kehebatan resam budaya dan flora dan fauna kita (yang ditunjuk cuma 2 gambar jer dari tab si orang kaya tu)? Dan tak hairanlah kenapa kita masih terus kalah kepada Indonesia (Bali esp) dan Thailand dari segi imej resam budaya, imej flora dan fauna dan pelancong berulang (pendapatan dari pelancong bagaimana pula?). Dan jangan lupa kita juga masih gagal dalam segmen pelancong tinggal lama (long stay tourist)...

      Padam
  2. Assalam Bro,aku setuju.Itu adalah bertepatan dengan citarasa Menteri Pelancongan kita.Huray.....huray....huray.....

    BalasPadam
  3. Kome tanya la nazri ...pahlawan kome.....

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....