PANASSS!!! Belum Menang Apa-Apa, Tapi Teong Kim Persoal Macam-Macam


"AFF Suzuki Cup dan Sukan SEA itu taraf apa?"

Itu kenyataan dibuat Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) Lim Teong Kim yang mempersoal tindakan sesetengah pihak yang terlalu memandang tinggi dua kejohanan itu.
Beliau melihat dua kejohanan itu sepatutnya menjadi perkara biasa untuk skuad kebangsaan memenanginya.

"AFF Suzuki Cup itu sebenarnya taraf apa? Sukan SEA juga bukan satu pencapaian kerana ia satu perkara biasa dan sememangnya kita sepatutnya menang, dari zaman Soh Chin Aun lagi kita sudah memenangi Sukan SEA," jelas Teong Kim dalam temu bual video salah sebuah media tempatan.

Bekas pengendali bawah 19 tahun Bayern Munich itu berpendapat melayakkan diri untuk Piala Asia barulah boleh dianggap sebagai satu pencapaian.

Di samping itu, Teong Kim mempersoal tindakan sesetengah bekas jurulatih skuad negara yang mengambil sikap mendiamkan diri berkenaan beberapa masalah ketara dialami skuad kebangsaan.

"Rajagobal pernah membangkitkan isu kecergasan yang dihadapi pemainnya ketika dia menjadi pengendali akan tetapi kenapa bekas jurulatih kebangsaan lain mendiamkan diri?," ujarnya.
Teong Kim melihat hanya Rajagobal yang mempunyai pendirian untuk meluahkan perkara yang benar.

"Jurulatih seperti ini yang kita mahukan," jelasnya.

Berpijak Di Bumi Nyata

Hmmm..... belum menang dan terbukti apa-apa lagi, Teong Kim dah persoal itu ini. Berpijaklah di bumi nyata. Ini bukan soal seorang yang "SUPER POWER" yang boleh mengubah segala-galanya secara drastik di dalam bolasepak negara. Banyak perkara yang perlu diubah dan ditambah baik. Dari pemakanan pemain sehinggalah ke "kualiti" tidur pemain. Dan setiap kejayaan bermula dari bawah. Tiada kejayaan segera apatah lagi "luar biasa".

Sekiranya sejarah menjadi sandaran, negara sebenarnya tidak pernah "pupus" dengan bakat-bakat besar di kalangan pemain muda. Malah ada sesetengahnya berpeluang bermain dengan kelab-kelab luar negara di peringkat awal. Namun tidak tahu di mana silapnya, kesemua bakat-bakat ini "hanyut" begitu sahaja. Malah sehingga untuk mendapatkan tempat di kelab-kelab bolasepak tempatan pun susah.

Akhmal Rizal Razali, Titus James Palani, Nazmi Faiz dan ramai lagi yang pada peringkat awal penglibatan mereka dalam bolasepak begitu tinggi dicanang-canang bakal mengangkat mutu bolasepak negara. Akhirnya?

Dan pada zaman Teong Kim sendiri, apalah sangat "kejayaan" yang dicapai kalau nak dibandingkan dengan apa yang beliau persoalkan ini. Peringkat sukan SEA juga. Mungkin rezeki beliau untuk dipikat kelab gergasi Bayern Munich adalah sesuatu yang boleh beliau banggakan, namun itu kejayaan peribadi. Sedangkan bolasepak merupakan permainan berpasukan. Sehebat mana jurulatih sekalipun atau sehebat mana seorang pemain sekalipun, ia tidak mampu menjanjikan kemenangan apatah lagi kejuaraan kepada mana-mana pasukan bolasepak.

Daripada menuding jari dan mempersoalkan orang lain, alangkah baiknya Teong Kim duduk bersama dan berbincang dengan pihak-pihak yang mempunyai kuasa dalam sukan ini untuk menaikkan mutu dan prestasi pasukan bolasepak negara.

Lagi satu, mengendalikan NFDP ni tak sama dengan mengendalikan pasukan negara. Budak kecil yang akur dan dengar cakap tak sama dengan "budak besar" yang bajet merekalah "Superstar".

6 ulasan:

  1. Ada betul apa yang dikata....setakat AFC...AFF....bila nak maju...sekurang kurangnya peringkat ASIA.....stadium juta juta...belanja dah makan jutaan...hasil?...berpijak di bumi yang nyata....makanya...kita harus SEDAR yang tahap bola sepak kita di mana...adakah harus kita BELANJA lagi?

    BalasPadam
  2. HAHAH NI NAK BINCANG LA NI... TEGUR SIKIT KAN X BOLEH KOT... JAGAN JADI MACAI..

    BalasPadam
  3. ELOK BENOR SI LIM TEGUR, BARU FAM SEDAR LEVEL MANA BOLA SEPAK MALAYSIA BAI

    JANGAN JADI MACAI JUGA

    BalasPadam
  4. Pi mai Pi mai tang tu laa.... culture sesetengah orang kita... susah nak terima perubahan... tak boleh kena tegur...

    BalasPadam
  5. betul la teong kim ckp kalau setakat jd jaguh asean lps tu main dgn negara arab kena 10-0 itu ke yg nak dibanggakan? kalau pasing bola pun mcm hampeh dah main bola berpuluh thn tp tendang bola pun tak betul itu ke yg nak dibanggakan.. itu bukan pencapaian namanya

    BalasPadam
  6. Betoi tu.. FAM jangan hanya cekap no. 1 dalam mendenda pasukan negeri bila buat salah je. Kena bermimpi untuk kejar impian. Kalau mimpi pun x berani.. duduk level sekarang je la sampai bila2

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....