Kedudukan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng boleh diibaratkan seperti ‘telur di hujung tanduk’ apabila mula dipertahankan dengan pelbagai alasan tidak logik oleh ahli Democratic Action Party (DAP) yang mencipta pelbagai alasan untuk mengalih perhatian rakyat dari terus memberi tekanan terhadap skandal Banglo Guan Eng.
Gobind Deo yang mempertahankan kedudukan Setiausaha Agung DAP dalam Parlimen perlu tampil bagi menjelaskan mengapa harga yang ditawarkan kepada Guan Eng jauh lebih murah dan tidak relevan jika tiada konspirasi dalam urusan tanah di Taman Manggis dengan rakan kongsi pemilik asal banglo tersebut.
Kontroversi harga yang di bawah penilaian semasa hartanah yang sebenarnya menyedarkan rakyat penipuan Guan Eng tidak lagi mampu di bendung mereka. Sebagai jalan terakhir DAP menyalahkan Umno sebagai dalang kontroversi tersebut dan ini sangat menjengkelkan kerana Umno tidak terbabit dalam edisi pembongkaran skandal Banglo.
Dari sumber yang dipercayai, Guan Eng cuba bertemu dengan YB Shabudin bagi ‘berbincang’ mengenai skandal ‘Banglo’ dan mahu serangan terhadapnya dihentikan demi menjaga kepentingan DAP di Pulau Pinang.
Pihak DAP yang nyata terkejut dengan gelombang tekanan netizen yang mahu keadilan dipenuhi pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mula mengalah apabila kertas siasatan telah di buka bagi menyiasat penyelewengan dalam urusan jual beli membabitkan KM P.Pinang dan pemilik asal banglo terbabit.
Malah terdapat teori mengaitkan Guan Eng mempunyai ‘hubungan’ dengan pemilik asal banglo Cik Phang, hingga memaksa satu Akuan Bersumpah diwujudkan untuk menafikan transaksi jual beli di pengaruhi ‘hubungan’ tersebut.
Namun agak mengejutkan apabila satu lagi episod pembongkaran berlaku apabila pemilik asal banglo mempunyai kepentingan bersama dalam syarikat yang membeli tanah di Taman Manggis. Sebagai rujukan tanah di Taman Manggis telah dirizabkan sebagai tapak perumahan rakyat oleh kerajaan BN sebelum kejatuhan BN di P.Pinang pada 2008.
Cadangan KLDC Sdn Bhd untuk membangunkan sebuah hospital swasta dan hotel mewah di tanah tersebut turut mendapat reaksi negatif rakyat P.Pinang yang berpendapat kerajaan sepatutnya mendahulukan keperluan rakyat P.Pinang yang mahukan kediaman mampu milik seperti yang dicadangkan BN.
Tanah tersebut yang berpotensi untuk dijadikan kawasan perumahan rakyat ternyata tidak mendapat perhatian Ketua Menteri P.Pinang melainkan mencari keuntungan dari urusniaga bersama KLDC.
Adakah urusniaga ini menguntungkan kerajaan negeri atau hanya menguntungkan poket Guan Eng apabila di dapati kerajaan negeri kerugian hampir RM11 juta dalam penjualan tanah ini mengikut kadar pasaran semasa. Malah terdapat dakwaan Guan Eng sebenarnya tahu akan kepentingan Cik Phang dalam syarikat yang berkaitan dengan KLDC namun beliau cuba menutup semua itu dengan mendakwa tidak tahu kedudukan Cik Phang dalam perkongsian tersebut.
Skandal yang menggemparkan negara ini sebenarnya membuka jalan kepada pembongkaran lebih banyak skandal DAP yang dilakukan sepanjang memerintah P.Pinang sejak 2008. Tekanan DAP terhadap peniaga Melayu di Pulau telah banyak menimbulkan kontroversi mengenai keikhlasan DAP membantu rakyat seperti dalam menifesto mereka sebelum PRU.
Malah pengusiran penduduk dari perkampungan tradisional juga menjadi saksi kekejaman DAP terhadap rakyat P.Pinang tetapi berjaya didiamkan oleh Guan Eng.
Isu Dana Israel RM1. billion juga tidak dijawap oleh DAP sedangkan bukti berbentuk video telah dikeluarkan oleh Mohammad Razali dan tersebar dalam media sosial mengenai dakwaan beliau yang menyatakan DAP terlibat secara langsung dengan puak Zionis dalam memberi latihan perisikan kepada ahli DAP.
Walau Lim Kit Siang cuba menggugut membawa kes ke Mahkamah namun hingga kini DAP tidak berani mengheret Razali ke muka pengadilan. Ini menguatkan lagi pandangan bahawa selama ini DAP memang mempunyai hubungan rapat dengan Israel.
Kontroversi terowong dasar laut juga tidak kurang diperkatakan rakyat namun Guan Eng dengan segera menutup penyalahgunaan wang rakyat sebanyak RM350 juta yang dibelanjakan hanya untuk kertas cadangan itu dengan mengalih perhatian kepada isu 1MDB dan dana politik RM2.6 billion.
Kes tersebut mendapat perhatian rakyat dan Guan Eng berjaya mengubah haluan perhatian rakyat terhadap DAP, namun demikian laporan mengenai kes tersebut telah dikeluarkan oleh pihak yang bertanggungjawab.
Kemana lagi Guan Eng dan DAP hendak lari dari kontroversi yang melanda mereka selama ini? Segala bentuk penipuan oleh DAP semakin terserlah dan rakyat memahami bahawa DAP hanya berbohong kepada rakyat dengan slogan mementingkan rakyat sedangkan hakikat sebenar DAP hanya mementingkan kuasa dan kekayaan bagi parti mereka.
Kini DAP mengarahkan seluruh wakil mereka untuk mencipta seberapa banyak tuduhan terhadap kerajaan dan Umno khususnya bagi mengalihkan perhatian rakyat dan mengalih tekanan yang di hadapi Guan Eng berkaitan skandal banglo.
Rakyat akan dapat saksikan wakil DAP akan menyerang segenap penjuru dengan bantuan sekutu politik bagi melindungi imej ‘Khalifah’ Lim Guan Eng. Tentunya ‘budak suruhan’ DAP, Mat Sabu akan menjuarai cabaran tersebut bagi membuktikan kesetiaan PAN kepada DAP dan Pakatan Harapan.
- PRU14.tv
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....