KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa mendakwa serangan yang dibuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri berpunca daripada kekecewaannya melihat prestasi anaknya dalam politik.
Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, beliau memahami perasaan Mahathir apabila melihat anaknya, Datuk Seri Mukhriz tidak begitu menyerlah walaupun telah diberikan ruang istimewa.
“Kita boleh faham pada usia beliau (Mahathir), yang hendak lihat anaknya naik dalam politik. Dan bila itu tidak berjaya beliau tentu rasa tersinggung dengan Umno. Sukarlah kita dalam Umno hendak pertahankan dia (Mukhriz).
"Mukhriz bertanding Ketua Pemuda Bahagian, kalah. Tetapi kita terima dia tanding Ketua Pemuda Umno Malaysia. Tidak ada yang kalah di bahagian tapi layak tanding Ketua Pemuda Malaysia, dan dia kalah juga.
“Kemudian dia hendak tanding Naib Presiden, juga rekod. Tidak ada yang kalah di Ketua Pemuda Malaysia hendak bertanding terus jawatan Naib Presiden. Tidak ada orang kalah Naib Presiden boleh jadi Menteri Besar dan juga Pengerusi Perhubungan Negeri Kedah," katanya ketika luar ditemui di lobi Parlimen, di sini, hari ini.
Tambah Annuar lagi, kekecewaan yang dihadapi oleh Dr Mahathir itu dilepaskan pula pada Umno, namun, beliau percaya di hati kecil Dr Mahathir sedar apa yang dilakukan adalah tidak wajar.
"Laluan istimewa telah diberi pada Mukhriz tetapi dia gagal juga,” ujarnya. - SUMBER
Mukhriz Sebagai Perdana Menteri
SUNGGUHKAH serangan bertali arus Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak hanya untuk menjayakan tujuan peribadinya?
Iaitu untuk menjadikan anaknya, Datuk Seri Mukhriz sebagai Perdana Menteri?
Hal ini diperkatakan apabila Dr. Mahathir tidak menamakan siapa yang layak menyandang jawatan nombor satu itu andai apa yang direncanakannya untuk menyingkirkan Najib tercapai.
Dalam sidang akhbar selepas selesai Kongres Rakyat 2016 di Shah Alam Ahad lalu, Dr. Mahathir mengatakan:
“Selepas itu (singkirkan Najib), kita akan memutuskan siapa yang menjadi Perdana Menteri.
Ia bukan untuk kita menamakan Perdana Menteri daripada sini atau di sana,” katanya.
Sambung Dr. Mahathir, tidak semestinya juga Naib Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan mengambil alih sebagai Perdana Menteri sekiranya Najib digulingkan.
Persoalan akan ‘niat asal’ dan ‘gimik’ politik mahu menjadikan Mukhriz sebagai Perdana Menteri dibangkitkan ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kelmarin.
“Strategi Dr. Mahathir itu berjaya memanipulasi dan memperbodohkan ahli serta pemimpin pembangkang untuk mengikutnya,” kata Ismail Sabri.
Blogger, Raja Petra Kamarudin pula dalam komen terbaharunya semalam menyebut:
“Dr. Mahathir tidak mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Ahmad Zahid sebagai pengganti Najib. Jadi, siapa yang beliau mahu sebagai pengganti Najib? Kita tidak akan bercakap mengenainya sekarang. Kita akan bincang mengenainya kemudian selepas Najib digulingkan.
“Mengapa? Hakikat bahawa beliau tidak akan mengatakannya adalah sama seperti pengakuan bahawa beliau mahu Mukhriz.”
Dalam tulisan Raja Petra pada 11 Mac lalu juga membangkitkan hal sama.
Kata blogger itu, bukan pembatalan jambatan bengkok dan laluan kereta api berkembar yang mengundang kemarahan Dr. Mahathir terhadap Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika Pak Lah menjadi Perdana Menteri.
“Punca utama Mahathir terlalu berang dengan Tun Abdullah akhirnya terjawab iaitu Tun Abdullah telah memungkiri janji berkenaan anaknya, Mukhriz yang pada permulaan telah mencapai persetujuan kedua-dua pihak.
“Mahathir telah meminta Tun Abdullah menaikkan kedudukan Mukhriz dalam UMNO dan dalam tempoh kurang daripada 10 tahun, Mukhriz akan mendapat persediaan yang cukup untuk bergelar Perdana Menteri Malaysia selepas Tun Abdullah,” kata Raja Petra.
Tetapi itu tidak akan berlaku.
Raja Petra mengandaikan dengan tindak tanduk Muhyiddin dan Mukhriz mengingkari peringatan jangan menghadiri majlis anjuran pembangkang termasuk Kongres Rakyat itu, maka kebarangkalian mereka dipecat oleh MT kelak adalah tinggi.
“Dan tidak perlu sampai ke Lembaga Disiplin UMNO. MT boleh memecat mereka. Jadi, jika Mukhriz mahu menjadi Perdana Menteri yang seterusnya, beliau perlu menjadi Perdana Menteri pakatan harapan. Untuk itu berlaku, pakatan harapan perlu memenangi pilihan raya umum terlebih dahulu,” katanya. (SUMBER)
Tun buat seolah olah Malaysia ni dia yg punya.....he he he biarlah orang lain berpeluang berpeluang jadi PM. Selamatkan Malaysia dari Tun dan kroni2 yg rakus.
BalasPadam