#KedahBergolak : Selesai! Akhirnya Mukhriz Memilih Untuk Dipecat?



Memetik berita dari Portal Online Pak Din.My, Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir bakal dipecat dari dari UMNO setelah enggan menurut kehendak parti agar meletak jawatan Menteri Besar bagi memberi laluan muka baru.

Mukhriz telah dinasihatkan meletak jawatan berikutan Jemaah Pemangku Sultan Kedah berpuas hati majoriti Ahli Dewanan Undangan Negeri Kedah dari Barisan Nasional telah hilang kepercayaan terhadap beliau.

Sumber Istana menyatakan Jemaah Pemangku Sultan mendapat maklum balas dari ADUN-ADUN BN bahawa Mukhriz tidak lagi mendapat kepercayaan Barisan Nasional.



Justeru Mukhriz akan dinasihatkan meletak jawatan bagi membolehkan perlantikan Menteri Besar yang baharu dapat dijalankan tanpa pertikaian undang-undang.

Sementara itu, UMNO dijangka memecat Mukhriz dari parti kerana ingkar keputusan Majis Tertinggi UMNO yang beesetuju dengan pertukaran Menteri Besar Kedah Jumaat lalu.

UMNO sebagai parti yang mendapat kerusi terbanyak dalam BN dan DUN Kedah berhak menentukan pelantikan Menteri Besar.

Keengganan Mukhriz melepaskan jawatan walaupun telah diarahkan oleh parti dan diperkenan oleh Istana boleh menimbulkan krisis Undang-Undang Tubuh Negeri.

Tidak pasti sama upacara angkat sumpah dapat dilakukan esok atau tidak.

Juga tidak pasti sama ada BN perlu mengemukakan undi tidak percaya di DUN Kedah atau Jemaah Pemangku Sultan boleh melantik MB baru tanpa melalui sidang DUN.

Ini kerana Jemaah Pemangku Sultan mempunyai 19 akuan bersumpah ADUN Kedah yang telah hilang kepercayaan kepada beliau. 19 merupakan majoriti mudah dalam DUN Kedah. - PakDin.My

BB : Walaupun perkembangan terkini menyaksikan bahawa Pemangku Jemaah Sultan telah memanggil kesemua ADUN Pembangkang mengadap petang esok, ia dilihat lebih kepada mendapatkan maklumbalas daripada mereka semata-mata. Tidak banyak yang dapat dilakukan ADUN-ADUN tersebut sekiranya jumlah 19 ADUN BN yang menolak Mukhriz diambil kira. Lainlah sekiranya Mukhriz berjaya "membeli" mereka dan ADUN-ADUN BN yang 19 orang "berpaling tadah".

Pilihan Mukhriz untuk dipecat ini dilihat adalah semata-mata bagi meraih simpati rakyat serta sebagai talian hayatnya untuk terus "bernafas" selepas pasca penukaran Menteri Besar nanti. Memang "cerdik" mainan yang dicaturnya itu. Namun, jangan dilupa penukaran Mukhriz sebagai Menteri Besar bukanlah yang pertama kali di Malaysia amnya dan di Kedah khasnya.

Akhirnya rakyat yang akan menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Andai Menteri Besar yang baru nanti "lebih baik" daripada Mukhriz, maka peristiwa ini hanya akan terpahat dalam lipatan sejarah sahaja. Sebaliknya andai pengganti Mukhriz dinilai "lebih teruk" berbanding anak Tun Mahathir ini, maka UMNO dan Barisan Nasional boleh saja melupakan Kedah sebagai negeri yang "dikuasai" mereka pada PRU 14 nanti.

Apa pun, secara peribadi penulis amat berharap agar krisis ini diselesaikan dengan segera. Secara langsungnya, krisis ini telah membuka peluang kepada pembangkang untuk menangguk di air yang keruh. Lihat sahaja Mahfuz yang tiba-tiba sanggup berdampingan di sebelah Mukhriz, sesuatu yang amat sukar untuk kita lihat sebelum ini.

Akhir sekali, segala keputusan terletak kepada Pemangku Jemaah Sultan yang pastinya memikirkan keputusan yang terbaik untuk rakyat negeri Kedah.

Daulat Tuanku

5 ulasan:

  1. Penjilat tegar PM ni tau nak bagi cadangan 'membeli' saja...dah jadi makanan seharian...

    BalasPadam
  2. Kami bukan penjilat...tapi kita menulis apa yang benar....kami orang Umno bukan kaki fitnah atau kaki putar alam...sebab kami tahu apa yang kami tulis akan ditanya Allah di padang mahsyar..kami tak sanggup dimurkai Allah semata mata menulis dan menfitnah orang...sebab kami orang Umno tahu bahawa Allah tu sentiasa memerhati....kamu pulak....

    BalasPadam
  3. Benar sangat ker kalau banyak urusan siasatan diputar belit. Jangan hanya pandai berkata benar tapi tiada keikhlasan dalam perjuangan. Apa disana nanti akan ada ker kepartian. Bukan sashaja UMNO ...malahan semua manusia tidak kira apa pangkat dan darjat....akan ditanya....kalau berjiwa besar seperti apa yang dikatakan oleh orang 'Bugis' di perhimpunan agong umno....kalau benar dari dulu lagi menjelaskan kebenaran bukan hanya berdolak dalih....ada faham orang berbangsa UMNO?

    BalasPadam
  4. Krn pentingkan Rakyat berbanding Parti akhirnya akan dipecat.. Sepatutnya Mukhriz pentingkn parti.. Rakyat dbiar sengsara mcm kerajaan persekutuan buat.. Rakyat di dahulukan sengsara Parti di utamakan... Baru betul..

    BalasPadam
  5. Kebanyakkan kenyatan....tidak....juga tidak pasti......apa lah punya manusia.. Kalu tidak pasti tu....maknanya tak tahu. Tak tahu juga samada angkat sumpah dijadualkan esok la....tak tahu ini lah ...tak tahu itulah....hahaha jgn mimpi laaaa

    Bangang ke bodoh. Kesian aku dengan ayah dan bonda kamu kerana payah membesarkan dan menghantar kamu ke sekolah untuk belajar.

    Keputusan terbaik untuk orang Kedah....tunggulah PRU 14 nanti.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....