#KedahBergolak : Dari "Disayangi" Rakyat, Mukhriz Pilih Menderhaka?


Apa dah jadi dengan Mukhriz? Nasihat siapakah yang didengarnya sehingga "melanggar" sumpah dan taat setianya kepada Raja dan Sultan? Apakah institusi politik lebih tinggi dari institusi Diraja di Kedah. Usahlah lagi mempergunakan rakyat negeri itu demi kuasa politik yang sebenarnya bukanlah hak milik mutlak seorang  Menteri Besar.


Portal Orang Muda dalam artikelnya menyentuh mengenai kemelut ini :

Krisis Kedah - Mukhriz Melawan Arus Dan Tak Faham Perlembagaan?

JEMAAH Pemangku Sultan Kedah telah pun selesai berjumpa sendiri Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah (ADUN) di Istana Anak Bukit petang tadi.

Kenapa perlu pertemuan ini sedangkan menurut sumber, DYMM SPB Yang-Di Pertuan Agong bersetuju untuk proses pertukaran Menteri Besar Kedah?

Menurut sumber dan laporan Portal dalam talian Agenda Daily, Muhkriz dikhabarkan enggan menandatangani surat perletakan jawatan (serah tugas) sehinggakan memaksa pertemuan dengan 19 ADUN yang hilang kepercayaan kepada beliau terpaksa diadakan petang tadi bagi mengesahkan kekuatan dan sokongan Mukhriz dikalangan ADUN-ADUN BN sendiri.

BACA NI : 

#KedahBergolak : Kalau Mukhriz Benar, Mengapa 21 ADUN Kedah Dipanggil Mengadap?

Umum mengetahui, Sultan Abdul Halim, merupakan Sultan yang lama bertakhta sehinggakan kali ke-2 menjadi SPB YDP Agong. Baginda punyai banyak pengalaman dan dihormati waima di seluruh dunia termasuklah Ratu Elizabeth sendiri.

Pengalaman Baginda dalam pertukaran Menteri Besar bukanlah baharu. Ketika era Tun Mahathir, Baginda memberi muka kepada Ayahanda Mukhriz (Tun Mahathir) untuk perkenan pertukaran dengan segera bagi mengelakan rakyat Kedah menjadi mangsa percaturan politik.

Namun hari ini sebaliknya berlaku. Rakyat diheret untuk menyatakan sokongan kepada Mukhriz (Menteri Besar adalah jawatan peribadi) sedangkan kita tahu, sistem negara kita ialah Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.

Rakyat tidak memilih Menteri Besar diatas kertas undi. Menteri Besar dipilih atas perkenan Tuanku Sultan dan dicadangkan Pimpinan parti yang memenangi kerusi yang lebih banyak di sesuatu negeri. Mukhriz dan pasukan beliau tidak sepatutnya mengelirukan rakyat Kedah demi mempertahankan jawatan peribadi yang disandang beliau.

Apalah rupa pentadbiran Kerajaan Kedah bila Menteri Besar hilang kepercayaan dari 19 ADUN dari parti yang sama? - BACA LAGI

BB : Teringat balik krisis kepimpinan yang berlaku di Perak apabila titah Armarhum Tuanku Sultan Perak ketika itu, Sultan Azlan Shah menitahkan supaya Nizar Jamaludin dari PAS (PR) melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar selepas Almarhum berpuashati dengan "sokongan" ADUN-ADUN Perak selepas pertemuan Tuanku dengan mereka.

Peliknya, Mukhriz masih enggan "melepaskan" jawatan Menteri Besar yang disandangnya ketika ini walaupun majoriti ADUN2 Kedah telah menolaknya. Perkara ini bukan lagi rahsia.

Buat Mukhriz, undurlah secara terhormat selagi namamu "harum" di mata rakyat. Jangan heret rakyat ke dalam mainan politik yang hanya akan mengheret institusi Diraja dipandang rendah dan hina.

DAULAT TUANKU!!!

4 ulasan:

  1. Siapa derhaka sebenarnya ni? Najib mangkuk hayun dan Bashah Boboi yang buat huru hara dalam pentadbiran Kedah dengan tindakan bodoh mereka itu. Kedah yang ditadbir oleh Datuk Seri Mukhriz dengan aman damai, tiba-tiba Bashah Boboi buat wayar putus kata kepimpinan UMNO Kedah tak sokong Datuk Seri Mukhriz sampai paksa ADUN-ADUN BN Kedah tandatangan surat menentang kepimpinan Datuk Seri Mukhriz apahal?

    Rakyat di sana sini di Kedah dan di luar Kedah menyokong Datuk Seri Mukhriz, cuma malaun bodoh dan ketua penyonglap wang negara yang busuk hati dan dengki dengan kejayaan dan sokongan ramai terhadap Datuk Seri Mukhriz.

    Blogger bodo yang menjual maruah kerana kemaruk dengan habuan yang ditabur oleh n0Najib, korang semua boleh jual segala mafuah korang dan jadilah pengikut dan penyokong ketua penyonglap duit negara separti Najib itu.

    Sedarlah tak semua orang boleh lentok dengan wang ringgit sampai sanggup jual maruah diri, orang yang berprinsip tetap berpegang apa yang benar itulah yang dipertahankan dan tidak peduli walau selonggok wang ditayang di depan muka.

    Kebenaran pasti akan menang.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
  2. Yg derhaka tu yg menulis rencana ni.....penjilat yg tak punya arah hidup...paling bodoh...

    BalasPadam
  3. Kami rakyat Kedah inginkan MB yang menetap di Kedah!Mukhriz boleh belah!
    Barua2 DAP jangan menyebok...ini bukan Pulau Pinang.

    BalasPadam
  4. Mungkin Kedah duduknya diplanet marikh. Tidak kira mana duduk dia sekiranya beliau dapat menjalankan tanggung jawab dengan amanah, apa salahnya? jangan salahkan DAP..salahkan diri sendiri yang kemaruk sangat ingin berkuasa. DAP memang sedia maklum tapi orang melayu sendiri nak menghancurkan apa yang ada sekarang ini.apa tu?

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....