SIMPANAN TAK SELAMAT? Penyimpan Tabung Haji Perlu Baca Ni!!!


SIMPANAN DI TABUNG HAJI SELAMAT

KUALA LUMPUR, 26 Januari 2016 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini memberi jaminan kepada para pendepositnya bahawa simpanan mereka di TH  adalah selamat. 

TH telah menjadi sasaran pelbagai spekulasi di dalam laman-laman sosial dan blog sejak beberapa hari ini mengenai tarikh pembayaran Bonus Pendeposit TH 2015 dan salah tafsir  surat  Bank Negara Malaysia (BNM) .

Seperti yang telah dinyatakan oleh TH, tarikh pengumuman dan pembayaran Bonus  TH  adalah kebiasaannya pada suku pertama setiap tahun (Jan – Mac). TH ingin memberi jaminan bahawa tidak terdapat sebarang kelewatan dalam mengumumkan bonus kepada para pendeposit. Sebelum pengumuman dibuat, TH perlu mengambil kira keadaan ekonomi semasa, memastikan semua proses auditan awalan dilalui dan kelulusan dalaman diperolehi sebagai sebahagian daripada proses urus tadbir yang baik.    

Walaupun  tahun 2015 adalah mencabar TH percaya hasil Strategi Alokasi Asetnya dapat membantu pulangan pendapatan yang baik bagi tahun 2015. TH juga perlu membuat persediaan yang rapi untuk menghadapi cabaran ekonomi 2016 dan masa  hadapan agar ia lebih berdaya saing untuk menghadapi situasi tersebut.

Prestasi Kewangan TH berada dalam keadaan baik disokong oleh  aset-asetnya yang kukuh termasuk peratusan mudah tunai yang tinggi. Di samping itu, pendeposit tidak perlu risau kerana simpanan mereka di TH dijamin oleh Kerajaan, sebagaimana yang termaktub dalam Akta Tabung Haji.  TH  juga tidak pernah lari dari tujuan asal penubuhannya dalam membantu umat Islam di Malaysia menunaikan Rukun Islam ke 5.

Merujuk kepada surat Bank Negara Malaysia (BNM) bertarikh 23  Disember 2015, BNM menyatakan kebimbangan akan nilai aset TH lebih rendah dari liabiliti, lebih-lebih lagi dalam situasi ekonomi yang mencabar dan kelembapan pasaran saham. Untuk mengukuhkan kedudukan TH, BNM memberi cadangan agar TH menaikkan tahap rizab yang sedia ada.

Sebagai sebuah institusi kewangan Islam berkaitan kerajaan, TH sentiasa bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan langkah dan keperluan risiko dipatuhi. TH mengambil maklum saranan BNM untuk meningkatkan tahap rizabnya sebagai langkah penambahbaikan dan pengukuhan yang berterusan.

Untuk makluman pendeposit, nilai Aset TH secara amnya dibahagikan kepada dua kategori iaitu:

1.      Aset yang dinyatakan pada nilai pasaran mengikut FRS 139 (Rizab Nilai Saksama) dan FRS 140 :

- Ini adalah aset kewangan yang boleh dijual seperti ekuiti tersenarai, sukuk dan pelaburan hartanah

- Rizab Nilai Saksama terdedah kepada kepada turun naik nilai pasaran semasa dan rizab tersebut dikategorikan sebagai rizab tidak boleh agih di dalam laporan kewangan.

2.      Aset yang dinyatakan pada nilai kos

- Ini adalah aset kewangan yang dipegang sehingga matang atau saham anak-anak syarikat atau syarikat bersekutu, serta hartanah yang diduduki

- Aset ini dinyatakan pada nilai kos tetapi penilaian secara berkala sentiasa dilaksanakan bagi tujuan pemantauan, contohnya bagi aset tanah perladangan dan hartanah yang diduduki TH penilaiannya dilaksanakan oleh penilai luaran, manakala bagi saham tercatat nilainya berdasarkan harga terakhir diniagakan di pasaran untuk menentukan nilai saksama.

Untuk tahun kewangan 2015, nilai pasaran aset TH bagi kedua-dua kategori di atas adalah lebih tinggi daripada nilai liabiliti, dimana ia tidak hanya mengambil kira Rizab Nilai Saksama seperti dinyatakan oleh Bank Negara Malaysia. Kemungkinan kenyataan tentang rizab TH oleh BNM itu telah disalah tafsir sebagai nilai aset keseluruhan TH.

Ingin saya sarankan agar para pendeposit lebih berhati-hati dalam menilai sesuatu berita yang disebarkan melalui media sosial.

Tabung Haji juga tidak pernah lupa objektif penubuhannya dalam membantu rakyat Malaysia untuk menunaikan haji.  Prestasi cemerlang TH serta pemberian subsidi haji dan bonus kepada pendeposit saban tahun membuktikan kedudukan Kewangan TH adalah kukuh.

Tan Sri Ismee Ismail
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Tabung Haji

7 ulasan:

  1. Dah bertahun aku menabung dengan TH bukannya baru semalam. Dividennya memanglah berubah turun naik mengikut putaran ekonomi...dan sehingga saat ini pun bila nak keluarkan duit tak ada masalah pun. Yang jadi masalah sebenarnya bila ada pakar2 ekonomi FB yg macam2 ramalan yg dikeluarkan....tak taulah mereka ini ada ke tidak simpanan dengan TH. Mcam inilah janganlah dok ganggu dgn mcm2 ramalan yg tak betul mengenai TH...korang tak nak simpan itu hak korang tapi jangan pengaruh orang ramai dengan ramalan karut marut korang.

    Aku penyimpan tegar Tabung Haji akan terus menabung pi lantaklah apa korang nak kata!!!

    BalasPadam
  2. ITU, DULUuuuuuuuuuu....................
    Sekarang, kita kena tunggu pengumuman dividen dan bonos TH dulu.
    Hari ni dah 26 January. Paling lewat, TH umumkan dividen dan bonosnya
    ialah awal February. Kalau dividen dan bonos rendah, time kita menilai
    pelaboran di TH. Nak-nak si Apandi dah jadi b oard of director ni. Btw,
    boleh ke AG jadi board of director, bukakah dia pejawat awam........?????

    BalasPadam
  3. elok cik minah keluarkan semua duit simpanan dlm th tu. labur lah dlm genting ke berjaya ke. misti dividen tinggi tiap2 tahun. untung dr pelaburan tu boleh buat pegi haji. amacam?..

    BalasPadam
  4. SEJAK PEGUAM PERASAN HAKIM DAN TOYOL HITAM JADI PENGARAH TH, AKU DAH HILANG KEYAKINAN.
    BABAI TH. DUIT AKU TINGGAL HANYA DUIT NAK PI HAJI JE LAH.

    BalasPadam
  5. punya pasai nk simpan ka dak..aku simpannnn..

    BalasPadam
  6. ...tunggu apa lagi....withdrawal laa semua...kot² pakat dok tngok buku sahajaaaa ooi....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku setuju dengan kau Jin. Bahalol-bahalol ni memang tak bersyukur dengan ketentuan Allah. Tutup lah akaun-akaun hangpa, kan lebih bagus. Tak payah memburuk2kan Tabung Haji. Sedarkah mereka ini semua ajenda puak kafir & liberal. Mereka hanya mahu menghancurkan institusi Melayu/Islam.

      Padam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....