FITNAH LAGI : Mahkamah Jatuhkan Hukum Rafizi Bersalah!!!


Memang sah kaki FITNAH! Akan tetapi di Malaysia ni, kaki fitnah ni la yang mendapat sokongan "rakyat marhaen". Dah dekat akhir zaman dah ni apabila fitnah berleluasa dalam masyarakat. Manakala penjelasan dan kebenaran dikatakan pula "cerita rekaan". 

Berbalik kepada fitnah Rafizi, Mahkamah Sesyen hari menjatuhkan hukuman denda RM1,800 kepada Setiausaha Agung PKR itu selepas didapati bersalah memfitnah UMNO.

Hakim Azwarnida Arrifin membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan tiada keraguan munasabah terhadap Rafizi yang menuduh UMNO terlibat dalam serangan terhadap gereja menggunakan Molotov.

Rafizi bagaimanapun kekal sebagai Ahli Parlimen Pandan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

Setiausaha Agung PKR yang juga Naib Presiden PKR itu membuat tuduhan ahli UMNO terlibat dalam membuat serangan menggunakan molotov di kawasan gereja di Selangor menerusi satu artikel yang diterbitkan di The Edge Financial Daily pada 2014.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya, Ahmad Azhari Harun manaala Rafizi diwakili Eric Paulsen.

1 ulasan:

  1. RM 1,800.. betulkah apa yg aku baca ni.. haha lawak paling hebat kalah maharaja lawak mega.. kalau mcm tu blh la fitnah lagi 1800 je pun.. mcm 1.80 je kat fizi tu..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....