LUCAH : KPM Tarik Balik Novel Pantai Kasih Tingkatan 4


Kementerian Pendidikan akan menemui panel pemilih novel Pantai Kasih esok, selepas isu unsur negatif dalam teks yang menjadi Komponen Sastera (KOMSAS) bagi mata pelajaran bahasa Melayu Tingkatan Empat itu mencetuskan polemik sejak minggu lalu.


Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan, berkata pertemuan di antara panel pemilih novel Pantai Kasih dengan Bahagian Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran itu bertujuan memperoleh justifikasi menyeluruh akan sebab pemilihan novel berkenaan.

Beliau berkata, turut akan dipanggil memberi penjelasan mengenai isu sama pada hari ini, ialah Faiez Ali, iaitu guru yang dikatakan memuat naik status di laman sosial Facebook mengenai novel itu, pada 11 Januari lalu.

"Kedua-dua pihak akan dipanggil bagi memberi penjelasan mengenai isu novel berkenaan, manakala pada Rabu ini pula, akan diadakan pula mesyuarat peringkat pengurusan tertinggi membabitkan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, (Dasar dan Pembangunan), Datuk Seri Khairil Awang.

"Mesyuarat khas peringkat pengurusan tertinggi itu akan dilakukan secara dalaman bagi menentukan sebarang keputusan berkaitan isu itu dan dimaklumkan kepada Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid," katanya ketika dihubungi BH di sini, hari ini.

Polemik novel tulisan Azmah Nordin itu bermula minggu lalu selepas penggunaannya sebagai teks KOMSAS dipersoalkan melalui media sosial.

Kalangan pendidik dan pengguna media sosial mempersoalkan pemilihan naskhah terbitan Pekan Ilmu Publishing Sdn Bhd itu kerana novel berkisar profesion doktor dan jururawat di sebuah hospital swasta itu dikatakan mengandungi elemen negatif selain lebih berkonsepkan novel popular.


Pemilihannya juga dikatakan kurang menepati matlamat KOMSAS SPM iaitu membentuk pembangunan diri dan memupuk nilai murni dalam kalangan pelajar.

Soalnya, macam mana novel sebegini boleh diluluskan oleh panel pemilih? Adakah kesemua mereka terlalu "open minded" sehingga meluluskan novel Pantai Kasih ini dijadikan sebagai bahan bacaan pelajar?

Atau..... ada "tangan-tangan ghaib" yang telah menjangkaui panel tersebut demi kepentingan pihak tertentu? Semoga siasatan ini akan merungkai persoalan-persoalan di atas dan pihak yang bertanggungjawab perlu diberikan "pendidikan" yang sewajarnya.

2 ulasan:

  1. Panel pemilihan bekerja seperti melepas batuk di tangga. Saya syorkan Panel Pemilihan meletakkan jawatan, tidak ada yang boleh dibanggakan.

    BalasPadam
  2. Mudah aje ... kalau orang-orang atasan buat silap alasan mereka TERLEPAS PANDANG, Kalau orang bawahan buat silap pula maka dihambur dengan kata-kata CUAI...LALAI. Masak sangat dah dengan alasan pihak atasan... TERLEPAS PANDANG ayat power untuk melepaskan/cover kesilapan diri.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....