ANJING DALAM TROLI : Pasaraya Giant Kesal, Adakan Siasatan Dalaman


Pengurusan pasar raya Giant Malaysia memandang serius tindakan segelintir individu membawa haiwan peliharaan menggunakan troli untuk kemudahan pelanggan pasar raya mereka yang telah menjadi isu sensitif dalam kalangan umat Islam negara ini.

Dalam satu kenyataan, Giant Malaysia memberitahu polisi mengenai larangan membawa haiwan peliharaan telah dipamerkan di semua premis mereka.

Susulan insiden yang berlaku di Giant cawangan Cheras Batu 9, beberapa hari lalu, pihak Giant telah mengambil langkah segera mensertu troli mereka dengan bantuan daripada pihak masjid berhampiran.


Menurut kenyataan itu, Giant Malaysia juga akan menjalankan siasatan bagi memastikan perkara sama tidak berulang.

“Kami memandang pelanggaran Prosedur Standard untuk tidak membenarkan haiwan peliharaan dibawa masuk ke premis perniagaan sebagai satu perbuatan serius," katanya kenyataan itu.

Jelasnya, siasatan dalaman sedang dijalankan dan tindakan akan diambil untuk memastikan kejadian ini tidak akan berulang pada masa depan.

“Untuk terus memberikan pelanggan pengalaman yang baik di cawangan kami, Giant akan memasang papan tanda di kesemua cawangan kami. Segala kesulitan yang berlaku amat dikesali,” menurut kenyataan itu.

Tindakan pantas pihak Giant mensertu troli milik mereka mendapat respons yang baik dengan mendapat ratusan like dan turut dikongsi oleh pengguna Facebook yang lain.

Minggu lalu, tersebar gambar seorang pelanggan membawa anjing menggunakan troli pasaraya itu di media sosial.

Tindakan pelanggan tersebut mendapat kecaman ramai pihak kerana tidak sensitif terhadap pengunjung lain terutamanya yang beragama Islam.

Kenyataan Giant Malaysia Di Facebook
ANNOUNCEMENT:
GIANT REGRETS DOG IN TROLLEY INCIDENT AT GIANT BATU 9 CHERAS
Giant wishes to ensure our customers that we have always taken a serious view on the issue of not allowing customers with their pets inside our premises. Our policy of NO PETS ALLOWED in our premises has been in place since we started our business.
In the case of the incident in our branch in Cheras Batu 9, Giant has immediately taken steps to cleanse our trolleys with the assistance of the local mosque.
We view this breach of Giant’s SOP of not allowing pets in its premise as serious. An internal investigation is on-going and action will be taken to ensure that such incident will not happen in future.
To continually provide good customer experience at its stores, Giant will be installing signages at all our stores. We regret any inconvenience caused.
Thank you.

PENGUMUMAN:
GIANT KESAL KEJADIAN ANJING DALAM TROLI DI GIANT BATU 9 CHERAS
Pihak Giant memberi kepastian kepada semua pelanggan kami bahawa kami sentiasa memandang serius mengenai isu larangan membawa haiwan peliharaan oleh para pelanggan di dalam mana-mana premis kami.
Polisi “TIADA HAIWAN PELIHARAAN DIBENARKAN” telah dipamerkan di semua premis kami.
Dalam kes kejadian di cawangan kami di Cheras Batu 9, Giant telah segera mengambil langkah untuk mensertu troli kami dengan bantuan dari masjid yang berhampiran .
Kami memandang pelanggaran Prosedur Standard untuk tidak membenarkan haiwan peliharaan dibawa masuk ke premis perniagaan sebagai satu perbuatan serius. Siasatan dalaman sedang dijalankan dan tindakan akan diambil untuk memastikan kejadian ini tidak akan berulang pada masa depan.
Untuk terus memberikan pelanggan pengalaman yang baik di cawangan kami, Giant akan memasang papan tanda di kesemua cawangan kami. Segala kesulitan yang berlaku amat dikesali.
Terima kasih.

Kejadian membawa anjing di dalam troli di Giant berkenaan diviralkan di media sosial minggu lepas selepas gambar pemilik dengan anjingnya tersebar secara meluas.

Kini, pihak Giant sudah pun meletakkan papan tanda larangan membawa masuk binatang di semua premis mereka di seluruh negara.

Mustahil rakyat Malaysia tidak tahu sensitiviti agama Islam?

4 ulasan:

  1. PUKIMAK LU CINAPEK BABI!!

    BalasPadam
  2. Sengaja nak bodohkan pihak mesjid. terhegah -hegah pi samak. Cina tu gelak besar....

    BalasPadam
  3. Ini baru DAP memerintah Pulau Pinang dan Selangor.....belum lagi lebih dari itu. Bayangkan kalau DAP berjaya ke Putrajaya....ladang2 babi bersepah! Azan pun kena senyap2.
    Ya Allah, selamatkan lah Umat kamu dari serangan musuh Islam yang berterusan dari segenap sudut. Satukan lah kami untuk menentang puak2 yang kejam yang ingin memusnahkan kami.
    Amin.

    BalasPadam
  4. Sep. 2015 Tesco JB sekor anjing kencing dlm SATU troli jadi 500 troli disamak
    lepas kecoh, ustaz2 bagitau tak perlu buat sampai mcm tu

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....