GILA KONTROVERSI : Ahmad Maslan Minta Rafizi Cermin Diri!!!


Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli bagai lupa diri apabila mendakwa Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan yang sering mencetuskan kontroversi adalah aset Pakatan Harapan untuk meraih undi.
Kononnya selain Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Penerangan UMNO itu di tempat ketiga modal utama pembangkang meraih undi.

Justeru itu, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berharap Ahmad memulakan kempen di seluruh negara mengenai perkara berkaitan kos sara hidup dan isu dua kerja.

“Setiap kali beliau membuka mulut – lebih ramai orang akan lari daripada UMNO dan BN.

“Selain Najib dan Rosmah, Ahmad Maslan adalah aset ketiga Pakatan Harapan yang paling berharga bagi mendapatkan undi,” kata Rafizi seperti dilapor Malaysiakini.

Sebenarnya, Rafizi patut cermin diri sendiri apabila mendakwa Ahmad adalah aset atau dalam erti kata lain beliau adalah liabiliti kepada UMNO dan BN ekoran sering keluarkan pendapat serta pandangannya yang mencetuskan kontroversi.

Tentu ramai masih ingin, apabila disebut ‘kantoi’, ada yang teringat kepada Rafizi.

Tanpa disedari, beliau juga aset yang boleh digunakan untuk menghentam pembangkang kerana sudah banyak kali dakwaan beliau berhubung sesuatu perkara yang kononnya besar, tetapi akhirnya tidak berasas dan tidak tepat.

Rafizi juga pernah minta maaf apabila berdepan saman pihak tertentu yang dituduhnya dengan dakwaan tidak benar, malah bagi mengelak tindakan lanjut, Naib Presiden PKR itu pernah berkata, kenyataannya hanya gurauan.

Ahmad ketika ditanya mengenai dakwaan Rafizi itu berpendapat pemimpin PKR itu mungkin cuba melemahkan semangat beliau.

“Beliau tersilap orang. Cermin diri dulu. Rafizi tidak perlu nak ajar saya apa nak diperkatakan kepada orang ramai. Sudah tugas saya beri pandangan yang sesuai dari masa ke semasa,” katanya kepada BNBBC.my.

Menurut Ahli Parlimen Pontian itu, beliau bukan takutkan pembangkang sebab ramai di luar sana tahu mengenai kebenaran kenyataannya kususnya tentang kerja sedia ada dan buat bisnes online adalah sesuatu yang pratikal.

Malah katanya, pembangkang sengaja spin kenyataan beliau kerana khuatir cadangan itu selain praktikal akan dapat mengurangkan sedikit sebanyak kos hidup.

“Jika masalah selesai, tiada isu yang rakyat perlu terlalu marah kepada kerajaan dan sebaliknya pembangkang akan kalah. Jadi, macam mana Rafizi boleh kata saya adalah aset untuk pembangkang dapat undi?,” tanya beliau.

Sekurang-kurangnya kenyataan Ahmad tidak menyebabkan beliau ‘kantoi’ atau dan kemudian jawab hanya ‘bergurau” untuk tutup malu. - SUMBER

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....