Polis sekali lagi merakamkan kenyataan ahli Parlimen Batu Tian Chua susulan pertemuan Nurul Izzah Anwar dan anak perempuan bekas ketua penceroboh Sulu Jacel Kiram di Manila baru-baru ini.
Tian Chua tiba di ibu pejabat polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur pada pukul 11.10 pagi ini, setelah dipanggil berbuat demikian pada awal minggu.
“Saya tidak banyak ingin jelaskan kerana pertemuan Nurul dengan Jacel tidak ada sebarang unsur jenayah.
“Kalaupun ada, (hanya) kesilapan persepsi, Nurul telah meminta maaf dan perkara ini tidak patut dipanjangkan.
“Apa lagi mereka nak buat?” kata Tian Chua kepada pemberita sebelum masuk ke Bukit Aman.
Peguam Tian Chua, Sivarasa Rasiah berkata polis memanggil Tian Chua susulan beberapa laporan polis dibuat terhadap pemimpin kanan PKR itu,
“Kami tidak ada apa-apa hendak disembunyikan,” kata Sivarasa.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini menuduh Tian Chua sebagai ‘dalang’ yang mengaturkan pertemuan antara Nurul Izzah dengan Jacel.
Sementara itu, semalam usaha pembangkang untuk menyekat Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar daripada dirujuk ke ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan ekoran pertemuan dengan Jacel Kiram gagal selepas 105 undian belah bahagian menyokong usul tersebut.
Pembangkang hanya memperoleh 77 undian sahaja.
Usul merujuk beliau ke Jawatankuasa tersebut dibentang oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said di Dewan Rakyat pagi tadi.
Sebelum undian, perbahasan tegang di antara ahli parlimen kerajaan dan pembangkang sehingga Timbalan Speaker, Datuk Ismail Mohd Said memberi amaran untuk mengeluarkan ahli parlimen yang tidak akur arahan dan peraturan mesyuarat keluar dewan.
Dengan lulusnya usul itu, Nurul Izzah yang juga Naib Presdien PKR akan memberi keterangan kepada jawatankuasa tersebut yang diwakili ahli parlimen kerajaan dan pembangkang.
Belia Bangkit : Hanya semudah itu? Minta Maaf?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....