Gambar Hiasan
Adalah menjadi kerisauan bagi kita apabila ingin membuat pembelian baru bagi telefon bimbit atau pun smart phone. Pelbagai cerita penipuan menambahkan lagi "tekanan" kepada kita untuk membuat pembelian bijak. Maka di sini ingin dikongsikan tips pembelian supaya kita tidak terperangkap dalam permainan kotor penjual-penjual hp ini.
Perkongsian kisah benar :
Tiga hari yang lepas aku terbeli satu smartphone jenama lenovo S880 plus tiruan. Puncanya pembelian adalah disebabkan phone yang aku guna rosak. Dicampur dengan perasaan geram dan terburu buru maka dengan pantasnya keputusan dibuat untuk menghantar kepingan kepingan duit bernilai ratusan ringgit ke kedai telefon untuk membeli yang baru.
Bagaimana boleh terbeli yang tiruan/clone set.
Sebab utama berlaku kesilapan adalah akibat fikiran bercelaru ditambah dengan banyak kerja yang tengah terbengkalai disebabkan kerosakan telefon yang sedang digunakan.Tanpa berfikir panjang, aku pun rembat smartphone lenovo yang mana pada masa tersebut aku langsung tak teringat nak semak ianya set original ke tidak?. Apa yang aku sempat tanya kat penjual ialah " bos, ini phone original ke clone?". "Malaysia set punya tauke. Ada warranty satu tahun, lu jangan takut.Ada rosak you hantar kedai sini repair." Itu jawapan yang diberikan.(patutlah dia panggil aku tauke...jilaka punya orang!)
Macam mana aku pasti ianya tiruan.
Bila dah beberapa hari guna, kerja pun semua dah selesai. Aku pun semak nombor IMEI, nombor siri dan nombor pelekat sirim/skmm yang terdapat pada phone. Mungkin ramai yang sudah tahu macam mana nak buat semakan kualiti untuk smartphone yang original. Tapi saya kongsikan juga cara yang boleh digunakan.
Cara buat semakan nombor IMEI dan nombor siri.
Bergantung kepada jenama telefon yang digunakan, untuk kes ini,saya guna warranty lookup di laman web rasmi lenovo. Bagi mengetahui nombor IMEI untuk telefon anda, tekan *#06# pada papan kekunci. Jika terdapat dua nombor yang terpapar, maka ianya bermaksud peranti yang anda guna menyokong fungsi dua simkad. Masukkan sahaja mana mana nombor ke dalam ruangan seperti di dalam gambar. Mengikut informasi yang diberikan oleh pihak Lenovo, IMEI bagi smartphone mereka kebiasaannya bermula dari nombor ' 8 '.
Cara semak keaslian pelekat sirim atau skmm pada smartphone.
Bagi proses semakan yang seterusnya, saya gunakan laman web SIRIM iaitu di e-comM.sirim.my
Masukkan nombor siri label yang biasanya ditampal di dalam ruangan bateri telefon anda. sebagai maklumat tambahan, aplikasi ini boleh dimuat turun melalui google apps store.
Kesimpulannya.
Setelah menyemak kesemua ciri diatas serta menghubungi pihak Lenovo, memang ternyata smartphone yang saya beli adalah tiruan. Hancur luluh hati ini bagai dihiris sembilu ditambah lagi dengan keengganan pihak penjual untuk memulangkan balik wang atau mengantikan dengan set yang original, kalau tak ada undang undang memang aku dah bakar kedai tu ikutkan hati yang sedang panas. Langkah terakhir yang saya lakukan adalah membuat aduan kepada KPDNKK dan kes sedang dalam siasatan.Kepada para pembaca sekalian, pastikan perkara ini tidak berlaku kepada anda mahupun orang di sekeliling anda.
* Artikel asal telah diterbitkan pada 12 Mac 2015
- SUMBER
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....