Ramai dikalangan tokoh pemimpin pembangkang hanya mampu tersenyum ketika bekas Perdana Menteri mempertikai tangkapan yang dikenakan terhadap Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang dibawah SOSMA.
Ini kerana mereka sedar Mahathir ketika era pemerintahannya, dia merupakan diktator yang kejam kerana sering menyalahgunakan kuasa bagi 'membunuh' musuh politiknya.
Pencabulan undang-undang dibawah Akta ISA telah digunakan oleh Mahathir dengan sewenang-wenangnya untuk menakut-nakutkan rakyat sebagai 'penyelesaian politik' bagi memastikan regim pemerintahannya tidak digugat.
Malah menurut pengakuan bekas tahana ISA, penyeksaan telah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian mereka.
Menurut mereka, para tahanan ISA telah didera secara fizikal dan mental yang termasuk salah satu daripada senarai ini: pukulan, penanggalan pakaian, soal siasat 24 jam, ketidakbenaran tidur, ancaman bunuh, ancaman deraan fizikal pada ahli keluarga termasuk ancaman rogol kepada anak mereka.
Berikut adalah antara senarai mangsa yang pernah menjadi mangsa kerakusan kuasa oleh seorang diktator yang bernama Mahathir:
Mangsa tragedi pembunhan Memali yang mengorbankan 14 penduduk kampung dan empat pegawai polis sehingga kini masih belum mendapatkan sebarang pembelaan yang sewajarnya. Itu belum dicampur dengan bilangan puluhan penduduk kampung yang tercedera serta penahanan beratus-ratus orang yang.
Ketika Operasi Hapus (Memali), Akta ISA telah digunakan untuk menahan seramai 36 orang penduduk kampung.
Paling menarik isu tersebut pernah didedahkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Dalam Negeri Tun Musa Hitam sebelum ini yang mengatakan Mahathir berada di dalam negara ketika insiden itu berlaku, sekaligus bercanggah dengan laporan terdahulu yang mengatakan dia berada di China.
Akhirnya pada 10 April 2014, Mahathir akhirnya mengakui beliau hanya pergi ke China pada 20 November, sehari selepas peristiwa ini terjadi dan sehingga kini Mahathir masih belum memberikan sebarang jawapan yang konkrit berhubung penipuan yang dilakukan itu.
Ketika Operasi Lalang pada 27 Okt 1987, seramai 106 orang telah ditangkap dari pelbagai latar belakang dan apa yang paling menarik Mahathir menyalahkan pihak polis atas tindakan tersebut.
Mahathir yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri pada ketika itu turut bertindak menarik membatalkan lesen penerbitan akhbar seperti The Star, Sin Chow Jit Pow dan Watan kerana dilihat sering menghentam dan mengkritik pentadbiranya.
Ketika Operasi Talkak pada 1990, seramai 7 orang telah ditahan rata-rata merupakan pemimpin politik Sabah atas pelbagai dakwaan.
Tokoh pembangkang Marina Yusoff disabitkan dan dijatuhi hukuman mengikut Akta Hasutan kerana mengeluarkan kenyataan yang menentang Mahathir.
10 penyokong (bekas pemimpin pembangkang) pro-Anwar Ibrahim ditahan tanpa dibicarakan atas dakwaan mereka adalah pengganas. 6 daripada mereka telah ditahan selama 2 tahun dan mahkamah kemudian memutuskan mereka bukanlah pengganas dan tahanan mereka itu tidak sah.
Dibawah ISA semua tahanan tidak akan dibicarakan dan mendapat pembelaan yang sewajarnya.
Setidak-tidaknya Khairuddin dan Matthias akan dibicarakan bagi mereka mempertahankan diri dan jika didapati tidak bersalah, mereka akan dibebaskan.
Biarlah perbicaraan itu yang menentukan sama ada apa yang diperkatakan Khairuddin dan Matthias adalah benar.
Kesimpulannya, siapakah sebenarnya yang zalim, Mahathir atau Najib?
- SUMBER
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....