UGUT HENTI SIASATAN!!! Profesional Kah Pengarah SPRM Ini?


“Saya bersumpah dengan nama Allah saya akan mencari dalang yang mengarahkan ini. “Kami bekerja siang malam sepanjang bulan puasa dan ini, berlanjutan sepanjang hari raya baru ini".

“Kami tiada masa berpolitik tapi kami menjalankan tugas kami seperti yang diamanahkan dan diharap oleh rakyat. “Demi Allah saya akan cari dalang dalang yang mengarahkan (penahanan) ini sehingga ke lubang cacing,” beliau berkata kepada Malaysiakini.com.

Kenyataan Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin yang bersumpah hari ini dengan nama Allah akan mencari dalang yang mengarahkan penangkapan anggota suruhanjaya itu sangat tidak profesional dan berniat jahat.

Beliau juga mengingatkan ‘dalang-dalang’ itu bahawa kuasa yang mereka ada tidak sebesar mana. Kamu ada kuasa sedikit saja tapi saya ada Allah,” katanya yang baru selesai menunaikan solat hajat.

Bahri berkata demikian ketika diminta mengulas siasatan terbaru polis terhadap dua lagi pegawai SPRM, termasuk pegawai yang menyiasat bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Soalnya mengapa SPRM tidak boleh memberi kerjasama atas siasatan Polis yang sudah tentu mempunyai asas kukuh membuka kertas siasastan.

Apakah Bahri merasakan pasukan beliau begitu maksum sehingga tidak boleh disiasat?

Apakah tujuan beliau mengugut pihak Polis yang sedang menyiasat anggota SPRM? Apakah ini bertujuan menakutkan pihak Polis supaya menghentikan siasatan?

Apakah ugutan ini bermakna SPRM akan mula menyiasat anggota Polis secara semberono seperti berlaku di Indonesia?

SPRM sepatutnya bersikap profesional menyatakan bahawa mereka terbuka kepada siasatan dan tidak akan melindungi para pegawainya sekiranya ada kesalahan bukannya mengamuk membuat solat hajat dan menjual nama Allah. (SUMBER)

Dalam perkembangan terkini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meminta penjelasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung sumbangan derma RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun peribadinya.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan SPRM pada Rabu, langkah susulan itu perlu selepas pihaknya mendapat penjelasan dan pengesahan penderma dari Timur Tengah yang menyalurkan dana berkenaan.

“SPRM tidak boleh mendedahkan identiti pihak yang mendermakan dana RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri.

“Bagaimanapun, Datuk Seri Najib Tun Razak akan diminta memberi penjelasan mengenai sumbangan derma yang diterima beliau kepada SPRM,” kenyataan itu dipetik.

Menjelaskan lebih lanjut, SPRM berkata, butiran penderma diketahui melalui dokumen yang diambil dari bank.

“Terdapat empat surat yang diserahkan kepada pihak bank apabila jumlah wang yang besar dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri.

“Dalam dokumen itu ada dijelaskan bahawa sumbangan RM2.6 bilion adalah sebagai derma,” menurut kenyataan itu.

*** SIMPLE : Semasa mereka menyiasat individu-individu lain sebelum ini, pernahkah mereka memikirkan perasaan individu dan ahli keluarga serta pandangan masyarakat terhadap individu tersebut? Mengapa perlu bertindak mengikut emosi? Bukankah polis juga mempunyai tugas dan tanggungjawab mereka sendiri?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....