"Terima kasih banyak-banyak kerana beri sokongan pada SPRM.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengucapkan terima kasih di atas kunjungan kira-kira 10 wakil rakyat pembangkang ke ibu pejabatnya di Putrajaya pagi ini.
Pengarah Komunikasi Strategiknya, Datuk Rohaizad Yaakob berkata, beliau mengucapkan terima kasih terhadap sokongan yang diberikan.
"Kami buat kerja kami sehabis baik secara jujur, telus dan sepenuh masa," katanya dalam sidang media di perkarangan ibu pejabat SPRM di Putrajaya hari ini.
Antara wakil rakyat yang hadir ialah Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.
Turut hadir ialah Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) Mohamad Sabu dan MP Pandan, Rafizi Ramli.
Dr. Wan Azizah melalui posting di FBnya menulis :
"Solidariti #SokongSPRM! Jika PM Najib tidak buat kesalahan, mengapa takut disiasat secara bebas? Kita gesa Kerajaan Umno-BN hentikan gangguan dan biarkan SPRM membuat siasatan secara telus, bebas dan adil. Kak Wan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pagi ini bersama Ahli-Ahli Parlimen dan pemimpin pembangkang.."
Teresa Kok :
"Pagi tadi saya menziarahi pegawai SPRM bersama dengan pemimpin DAP, PKR dan GHB. Lawatan ini dicadangkan oleh Lim Kit Siang dalam forum REFSA berkenaan halatuju Malaysia di Dewan Perhimpunan Cina KL Sekangor pada 10 malam semalam.
Pemimpin yang hadir bersama termasuk Lim Kit Siang, Mat Sabu, Dr Wan Azizah, Khalid Samad, Zaid Ibrahim, Dr Hatta Ramli, Rafizi dan beberapa orang ADUN Selangor.
Kami menyampaikan kekesalan kami terhadap tindakan polis yang menyerbu Ibupejabat SPRM dan menyoal-siasat pegawai SPRM, di samping menunjukkan sokongan kami terhadap mereka. Kami menyeru pegawai SPRM terus tegas dalam usaha menjalankan siasatan dalam kes 1MDB dan RM2.6 bilion masuk dalam akaun bank Perdana Menteri".
SPRM yang sebelum ini teruk dihentam oleh PR terutamanya dalam isu Teoh Beng Hock hari ini mendapat pengiktirafan dan sokongan untuk meneruskan siasatan dengan telus, bebas dan adil.
Ironinya, mengapa hanya memilih isu? Mengapa dalam isu 1MDB sahaja tiba-tiba PR mengangkat dan menjulang SPRM sebagai suruhanjaya yang boleh dipercayai dan berintegriti?
Politik tetap politik!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....