SENSASI!!! Najib Razak Disaman PKR?


PETALING JAYA : Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyaman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana menggunakan dana RM2.6 bilion melebihi had yang dibenarkan dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

Saman sivil itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu oleh peguam Tommy Thomas.

Selain Najib, PKR turut menamakan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai defendan.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, pengakuan Najib bahawa RM2.6 blion untuk dana pilihan raya ternyata melanggar Akta Kesalahan Pilihanraya.

“Ternyata, RM2.6 bilion yang digunakan ini melebihi 26 kali ganda had yang dibenarkan seperti digariskan oleh undang-undang Malaysia,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR.

Katanya, berdasarkan fakta-fakta tersebut mendedahkan pelbagai rasuah dan taktik korup yang telah digunakan oleh Barisan Nasional (BN) dalam meraih kemenangan dalam PRU13.

“Tindakan Najib menggunakan RM2.6 bilion untuk PRU13 ini juga telah melanggar Seksyen 19, Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.

“Perlu diingatkan akta itu menghadkan perbelanjaan pilihan raya kepada hanya RM200,000 dan RM100,00 setiap calon Parlimen dan Dewan Undangan Negeri masing-masing,” katanya.

Izzah juga menuntut agar keputusan PRU13 dibatalkan dan diadakan pilihan raya umum yang baru.

“Jika Najib bersalah, ini jelas bukti transaksi korup berlaku dalam PRU13,” katanya.- SUMBER


BANYAK yang sudah dikatakan orang tentang kontroversi derma politik dalam akaun Perdana Menteri. Begitupun tak seorang yang mempersoalkan sama ada perkara itu melanggar undang-undang atau tidak, ramai yang bercakap ini sekadar menyentuh dari segi patut atau tidaknya sahaja.

Hakikatnya, derma politik yang dimasukkan ke dalam akaun Presiden parti, untuk kegunaan parti, adalah dana politik. Sama seperti derma yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi milik seorang ahli parlimen DAP Sarawak untuk kegunaan kempen politiknya, adalah dana politik juga.

Sama saja.

Pemimpin besar pembangkang sehingga sekarang masih tidak berani mendedahkan sumber kewangan mereka dan sama ada Kit Siang, Anwar dan Hadi ada menerima derma politik dalam akaun masing-masing, kalau tidak ada, dah lama mereka dedah, tapi takde pun.

Jadi kalau Najib ada melanggar mana-mana undang-undang dalam isu ini, sila kemukakan. Pembangkang dan dalam UMNO snediri ada ramai pakar undang-undang yang boleh menjelaskan kalau Perdana Menteri melakukan sebarang kesalahan.

Begitupun sehingga sekarang, kita masih tidak melihat isu itu (pelanggaran undang-undang) diperdebatkan. Sebabnya sudah pasti kerana Perdana Menteri tidak melakukan sebarang kesalahan seperti yang dituduh.

Kalau ada, peguam-peguam Pakatan sudah pasti menyerang Perdana Menteri atas dan bawah, tapi sehingga kini kita tidak melihat semua itu berlaku, macam mana orang nak percaya?

Jadi selagi Perdana Menteri tidak melanggar sebarang undang-undang, yang sibuk-sibuk sangat nak lihat Perdana Menteri berehat dan sebagainya itu kenapa pula? Ia samalah memenjarakan orang baik yang tidak pernah melakukan sebarang kesalahan.- SUMBER

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....