"Kita akan jadikan ia sebagai 'Low Yat 2' dan kita akan kumpulkan sekali seberapa banyak mungkin pembekal besar di bangunan ini,"
Low Yat 2, sebuah pusat jualan dan borong alat telekomunikasi yang menyamai fungsi Plaza Low Yat di Bukit Bintang, dicadangkan dibuka di Jalan Raja Laut.
Pembukaan pusat itu akan dapat memenuhi keperluan orang ramai yang sebelum ini hanya tertumpu di Plaza Low Yat, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Mengikut pelan yang dicadangkan Ismail Sabri, Low Yat 2 akan ditempatkan di Tingkat 3 Bangunan MARA (Majlis Amanah Rakyat) selepas kawasan itu diubahsuai dan direka khas untuk menyediakan ruang niaga bagi pembekal alat telekomunikasi.
"Kita akan bangunkan tingkat tersebut secepat mungkin dan kita beri ruang kepada peniaga Melayu khususnya.
"Kita akan jadikan ia sebagai 'Low Yat 2' dan kita akan kumpulkan sekali seberapa banyak mungkin pembekal besar di bangunan ini," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri MARA di ibu negara pada Selasa.
Pengumuman cadangan Low Yat 2 itu dibuat Ismail Sabri selepas melakukan lawatan ringkas di bangunan MARA sempena majlis tersebut.
"Kita sedar dengan kewujudan tempat-tempat lain yang turut menyediakan perkhidmatan sama, seperti di Bukit Bintang dan bangunan Pertama Kompleks yang bersebelahan bangunan MARA, namun kita percaya orang ramai selepas ini akan memiliki lebih banyak pilihan sekiranya melakukan urusniaga terus bersama pembekal.
"Kita sasarkan golongan peniaga seratus peratus dari kalangan Melayu. Belum ada lagi pembekal dari kalangan Melayu, oleh kerana itu kita beri kelonggaran," katanya.
Pada majlis tersebut, Ismail Sabri turut menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim dari sekitar ibu negara.
Mari kita imbas kembali apa yang telah ditulis oleh Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, INSPIRE/PPI, UniSZA (sinar harian 16 mac 2015)
Umat Islam mesti mencebur diri dalam perniagaan. Mereka mesti menjadi pengeluar, bukan pengguna semata-mata. Kita akan terus menjadi mangsa jika bidang perniagaan (pengeluar) terus dimonopoli bukan Islam.
Lagi pula, perniagaan adalah suatu bidang yang amat dituntut dalam Islam. Tidak hairanlah jika 9/10 punca rezeki itu datangnya hasil daripada perniagaan. Banyak hadis lain yang mahu umat Islam mencebur diri dalam perniagaan.
Selama-lamanya kita akan terus dianiaya dan ditindas jika tidak menguasai ekonomi. Misalnya, pemilik syarikat telekomunikasi bukan Islam yang begitu sombong hari ini apabila sudah berjaya. Adakah mereka tidak sedar bahawa kekayaan yang mereka ada pada hari ini disebabkan oleh sistem kerajaan sedia ada, yang membolehkan mereka menjadi kaya? Benar, tidak nafikan, mereka bekerja keras. Tetapi adakah mereka boleh menjadi hebat tanpa sokongan?
Mereka akan cari apa jalan untuk menjadi kaya, sama ada melalui jalan halal atau haram, terutama jika terpaksa merasuah. Ini tidak termasuk perniagaan cepat kaya seperti menjadi along, pelacuran, perjudian, dan sebagainya. Siasatlah berapa ramai orang Vietnam dan China yang dijadikan pelacur.
Malang sekali penguat kuasa yang menerima habuan rasuah, membenarkan mereka buat kerja haram sehingga menjadi kaya-raya. Pengalaman saya suatu ketika dahulu, bekerja dengan syarikat perumahan, antara agendanya adalah bagaimana untuk ‘kawtim’ penguat kuasa agar projek berjalan lancar.
Nasihat kepada orang Melayu (penguat kuasa), jangan jadi barua, hanya untuk menjadi ‘kaya sekejap’ dengan mengambil rasuah. Ingat masa depan agama, bangsa dan negara.
Kedua, apabila ada peniaga Melayu yang mahu menceburi bidang perniagaan, secara kecil-kecilan. Kita sepatutnya galakkan seperti yang dilakukan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, mengingatkan penguat kuasa supaya tidak mengambil tindakan semberono terhadap mereka yang mahu berniaga secara halal.
Jangan kenakan pelbagai syarat sehingga perniagaannya gagal dan terpaksa ditutup. Misalnya, aduan yang diterima mengenai perniagaan tadika. Puluhan ribu ringgit telah dibelanjakan untuk memenuhi ‘syarat-syarat’ Dewan Bandaraya yang begitu rigid.
Apabila semua syarat telah dipenuhi, tiba-tiba dapat surat daripada mereka mengatakan premis tersebut tidak sesuai, ada bantahan orang ramai, Tadika di kawasan tersebut sudah mencukupi dan berbagai lagi. Apa makna semua ini?
Kenapa dari awal perkara ini tidak beritahu? Pergilah buat siasatan seluruh bandar raya, berapa banyak kawasan rumah dijadikan premis perniagaan haram? Ada rumah dijadikan perniagaan bateri kereta yang amat membahayakan. Ini belum termasuk perniagaan haram yang lain, yang telah pun dikenakan tindakan atas aduan orang ramai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....