KURANG AJAR!!! Kakitangan HKL Dikecam Netizen!!!

KEJADIAN yang berlaku di Hospital Kuala Lumpur (HKL) ini pasti membuatkan anda ‘panas’.
Baru-baru ini, seorang lelaki warga emas telah dimarahi oleh petugas di kaunter hospital tersebut hanya kerana tidak mengisi borang yang diberikan dengan lengkap.

Difahamkan, lelaki tua itu mempunyai masalah penglihatan menyebabkan dia tidak dapat melengkapkan borang yang diberikan.

Namun tanpa bertanya dahulu, petugas tersebut terus memaki hamun menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya setelah melihat borang yang diberikan kepadanya.

Menurut individu yang memuat naik gambar viral tersebut, petugas tersebut amat tidak profesional dan kurang ajar kepada orang awam.

“Ni manusia paling ******* skali. pakcik xnampak mata nak tulis, die boleh marah. cakap nak marah2 b****,” kata Pajan @Shahfahzan di laman Twitter.



Difahamkan perkara seperti ini bukannya kali pertama berlaku di situ cuma kali ini ia datang beserta gambar.

Menurut sumber, terdapat lima kaunter yang disediakan namun hanya dua sahaja yang beroperasi pada hari tersebut.

Difahamkan, pihak HKL telah mengambil maklum kes tersebut dan akan mengambil tindakan terhadap pekerja terbabit. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....