1MDB : TERKINI!!! 2 Bilik Digeledah, 3 Pegawai SPRM Disoal Siasat!!!


Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menggeledah bilik 2 pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dipanggil untuk membantu siasatan berhubung isu membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

Adalah difahamkan, anggota polis berkenaan mula menggeledah bilik 2 pegawai dari Bahagian Operasi Khas SPRM itu di Menara Prisma, Presint 3, Putrajaya, kira-kira jam 7 petang tadi.(SUMBER)

Manakala 3 pegawai SPRM disoal pihak polis. Ini membawa kepada 9 jumlah pegawai SPRM yang disoalsiasat setakat ini.

Timbalan Pengarah operasi khas SPRM Datuk Tan Kang Sai disoal selama lebih 3 jam di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya. (SUMBER)

Dalam pada itu, Pasukan Petugas Khas peringkat tinggi kerajaan yang menyiasat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kini dibubarkan dengan ketiga-tiga agensi utama diarah bekerja secara bersendirian, kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam satu kenyataan hari ini, agensi anti-rasuah itu cuba meredakan kebimbangan yang ia mengeluarkan kenyataan berhubung wang RM2.6 bilion yang disalurkan ke dalam akaun perdana menteri tanpa penglibatan pihak polis dan Bank Negara Malaysia (BNM), yang merupakan komposisi asal pasukan petugas khas.

"SPRM membuat pengumuman tanpa melalui Pasukan Petugas Khas selepas dinasihatkan oleh Peguam Negara Malaysia, tidak perlu ada Pasukan Petugas Khas. 

"Sebaliknya, agensi-agensi penyiasat terbabit boleh menjalankan tugas mereka berdasarkan undang-undang masing-masing," kata suruhanjaya itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....