HUDUD : DAP Belasah Hj Hadi!!!!


Tokoh DAP Lim Kit Siang berkata beliau "terkejut dan kecewa" dengan langkah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membentangkan rang undang-undang persendirian berkaitan hudud di Parlimen hari ini.

"Inilah pertama kali saya melihatnya, pertama kali bagi setiap orang dalam DAP menyaksikannya. Ini satu mungkir janji. Hadi tidak mengotakan janjinya dan saya cukup terkejut bahawa perkara ini boleh berlaku kerana ia menunjukkan katanya tidak ditunaikan.

"Hadi berjanji sewaktu mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 Februari bahawa usul berkaitan hudud terlebih dahulu dibentangkan dalam Majlis itu.

"Janji telah dimungkiri dengan apa yang kita dapat saksikan hari ini dan inilah mengapa Pakatan berdepan dengan krisis," kata Lim kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.

Rang undang-undang persendirian yang akan dibentangkan oleh Hadi tertulis dalam aturan mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada dokumen itu akan dibentangkan pada sesi hari in.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....