Kecoh dan huru-hara, bila ramai yang tertanya-tanya siapa Aidana Baizieva, mengapa tiada yang mengenali beliau, apa kaitannya dengan mangsa kemalangan udara yang turut meragut nyawa Tan Sri Jamaluddin Jarjis.
Ramai yang cuba membuat carian di laman sosial, namun gagal menemui info lanjut tentang gadis misteri ini. Namun semuanya telah terungkai apabila sebenarnya Aidana menggunakan nama ‘samaran’ atau nama lain di laman sosial.
Inilah Aidana Baizieva yang turut terkorban dalam nahas helikopter milik IGB 4 April yang lalu.
Menurut laman web Gaukhara.com, Aidana Baizieva atau Aidana Karabasova adalah seorang jurnalis muda yang berasal dari Kyrgyzstan dan masih menuntut di International University of Information Technologies JSC dan dijangka menghabiskan pengajian pada 2016.
Anda boleh lihat hasil kerja Aidana dalam bidang kewartawanan melalui banyak sesi temubual di laman Youtube.
Dua ahli keluarga Aidana kelihatan berada di Hospital Kuala Lumpur pagi tadi, dipercayai untuk menandatangani dokumen perlepasan jenazah.
Namun tiada siapa yang tahu mengapa Aidana berada dalam helikopter tersebut, dan atas tuntutan kerja apakah?
Apapun, takziah diucapkan kepada keluarga Aidana Baizieva.
Kemaskini:
Identiti mangsa keenam berstatus “Tidak Diketahui” yang maut dalam nahas helikopter Dauphin AS365 N2 sudah dikenal pasti sebagai Aidena Braizieva, rakan kepada juruterbang helikopter, Kapten Clifford William Fournier.
Wanita berusia 25 tahun berasal dari Kyrgystan itu dikatakan datang ke Malaysia sejak 2010 untuk menyambung pengajian di Universiti Sunway.
Mangsa kemudian menukar pengajian ke Universiti Lim Kok Wing dan sekali lagi menukar pengajian di Kolej SEGI di ibu negara.
Difahamkan, mangsa berjaya menamatkan pengajian peringkat diploma dalam bidang pelancongan di kolej berkenaan pada Oktober tahun lalu.- BH
“Pihak polis berjaya mendapatkan maklumat tempat tinggal mangsa warga Kyrgyzstan berusia 25 tahun itu di sebuah apartmen di Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
“Mangsa pernah belajar di negara ini antara 2010 hingga 2014 dan menamatkan pengajian diploma dalam bidang pelancongan di Kolej Segi,” katanya memetik Harian Metro.
Dalam pemeriksaan pihak polis di rumah Aidana juga menemui bukti tiket penerbangan wanita tersebut yang pergi ke acara LIMA Langkawi baru-baru ini dengan juruterbang helikopter terbabit.
Menurutnya lagi, pihak berkuasa juga mempunyai keterangan bahawa juruterbang itu beberapa kali membawa kenalannya itu menaiki helikopter termasuk pada hari kejadian.
Sehubungan itu, Abu Samah meminta orang ramai tidak lagi membuat sebarang spekulasi berhubung identiti wanita tersebut yang sebelum ini dikatakan pembantu juruterbang/co-pilot bagi penerbangan dari Kuantan ke Subang itu.
Nahas helikopter yang terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih itu turut mengorbankan Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias, ahli perniagaan Dato’ Tan Huat Seang dan pengawal peribadi Dr Jamaluddin, Razakan Seran. – MYNEWSHUB.CC
Gambar Aidana, (dua dari kiri) yang dikongsikan rakannya, Emitsa di laman Instagram. Turut kelihatan dalam foto ini adalah juruterbang helikopter, Clifford William Fournier.
“Pihak polis berjaya mendapatkan maklumat tempat tinggal mangsa warga Kyrgyzstan berusia 25 tahun itu di sebuah apartmen di Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
“Mangsa pernah belajar di negara ini antara 2010 hingga 2014 dan menamatkan pengajian diploma dalam bidang pelancongan di Kolej Segi,” katanya memetik Harian Metro.
Dalam pemeriksaan pihak polis di rumah Aidana juga menemui bukti tiket penerbangan wanita tersebut yang pergi ke acara LIMA Langkawi baru-baru ini dengan juruterbang helikopter terbabit.
Menurutnya lagi, pihak berkuasa juga mempunyai keterangan bahawa juruterbang itu beberapa kali membawa kenalannya itu menaiki helikopter termasuk pada hari kejadian.
Sehubungan itu, Abu Samah meminta orang ramai tidak lagi membuat sebarang spekulasi berhubung identiti wanita tersebut yang sebelum ini dikatakan pembantu juruterbang/co-pilot bagi penerbangan dari Kuantan ke Subang itu.
Nahas helikopter yang terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih itu turut mengorbankan Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias, ahli perniagaan Dato’ Tan Huat Seang dan pengawal peribadi Dr Jamaluddin, Razakan Seran. – MYNEWSHUB.CC
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....