Seorang pemimpin Pemuda PKR (AMK) ditahan polis, dipercayai berkaitan perhimpunan bagi memberi tekanan kepada mahkamah yang memutuskan Anwar Ibrahim bersalah meliwat anjuran 'Kita Lawan” di Kuala Lumpur hari ini.
Saifullah Zulkifli, ketua AMK Kelana Jaya, itu dibawa ke Balai Polis Jinjang, menurut maklumat daripada pihak komunikasi PKR.
Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil memberitahu Saifullah ditahan di Masjid Jamek di ibu negara kira-kira jam 7.45 petang tadi.
Tiada maklumat lanjut berhubung penangkapannya setakat ini.
Hanya beberapa ribu orang hadir dalam perhimpunan menyokong pesalah liwat di ibu negara hari ini.
Barua PKR turut menghina Agong semasa himpunan sokong pesalah liwat petang tadi
Dan ini pula video laungan "Hidup Mahathir" yang hampir-hampir mencetuskan pergaduhan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....